
FORD TAK IKUT LANGKAH GM, MAHU KEKALKAN ANDROID AUTO, APPLE CARPLAY PADA KERETA BAHARU
Ford mengesahkan mereka akan mengekalkan penawaran fungsi Apple CarPlay dan Android Auto pada kenderaan-kenderaan mereka akan datang.
Ia adalah jawapan yang diberikan oleh CEO Ford dalam satu temubual bersama Wall Street Journal ketika ditanya berkenaan langkah General Motors untuk menggugurkan ciri tersebut pada model EV mereka.
Jim Farley turut menambah, “dari segi kandungan, kami sudah pun kalah di dalam pertarungan tersebut 10 tahun yang lepas.
Beliau mengakui terdapat dua kem di dalam pertempuran perisian dalam kereta, iaitu Tesla dan GM, serta kem selebihnya di mana Ford tidak berpihak kepada Tesla dan GM.
Beliau turut menegaskan hubungan antara pelanggan dan ‘kandungan’ dalam sistem infohibur seharusnya tidak diganggu – bertentangan dengan apa yang diharapkan oleh Tesla dan GM di mana mereka mahu mengawal sepenuhnya pengalaman di dalam kabin.
Jelasnya lagi, 70 peratus pelanggan Ford menggunakan telefon Apple, jadi dengan membuang ciri penting itu bukanlah satu langkah yang bijak.
Mac lepas, GM mengumumkan ciri Apple CarPlay dan Android Auto akan digugurkan daripada EV baharu mereka, dan digantikan dengan perisian Ultifi yang dibangunkan secara dalaman.
Fungsi terbaharu itu akan ditawarkan pada EV baharu, dimulakan dengan Chevrolet Blazer EV, Equinox EV, Sierra EV dan Cadillac Celestiq. – Motor1






