Buletin

FOTO INTIP: BYD M6 EV MUNCUL DI CHINA, PEMANDUAN SEBELAH KANAN, BAKAL JADI MODEL EKSPORT

Sebuah MPV BYD M6 elektrik sepenuhnya baru-baru ini telah muncul di jalan raya di China. Walaupun dilencanakan sebagai M6, model itu sebahagian besarnya adalah berdasarkan Song Max DM-i.

Menerusi foto intip disiarkan oleh CarNewsChina, BYD M6 EV tersebut adalah kereta pemanduan sebelah kanan yang bermaksud bahawa M6 boleh menjadi model eksport.

Dari segi reka bentuk luaran, M6 elektrik mengekalkan banyak elemen penggayaan Song Max standard, termasuk konfigurasi gril hadapan, lampu hadapan dan bar krom yang mengandungi logo BYD menghubungkan dua unit lampu hadapan.

Di bahagian belakang, reka bentuk sebahagian besarnya kekal tidak berubah, dengan lampu belakang yang bersaiz besar disambungkan dengan kepingan trim krom.

Berdasarkan dimensi Song Max, M6 elektrik baharu dijangka berukuran 4,710/1,810/1,880mm dan mempunyai jarak roda 2,785mm.

Butiran mengenai rangkaian kuasa M6 elektrik sepenuhnya bagaimanapun masih terhad.

Pada masa ini Song Max, hanya menggunakan persediaan hibrid plug-in, dengan enjin 1.5 liter N.A, menghasilkan kuasa 81kW (109hp) dan tork 135Nm serta dipasang motor elektrik yang menghamburkan 132kW (177hp) dan 316Nm.

Song Max didatangkan dengan pilihan pek bateri 8.3kWh dan 18.3kWh, menawarkan jarak gerak elektrik sepenuhnya masing-masing 51 dan 105km (CLTC).

Foto intip M6 EV ini menunjukkan bahawa dorongan BYD untuk menambah barisan elektrik sepenuhnya.

Sehingga kini, kita boleh menjangkakan lebih banyak butiran akan muncul sama ada model ini bakal menuju ke pasaran China atau ia adalah model eksport semata-mata.

Google ads
Back to top button