MERCEDES-BENZ MALAYSIA LANCAR EMPAT VARIAN MERCEDES-BENZ EQE BAHARU, HARGA BERMULA RM379K
Mercedes-Benz Malaysia melancarkan empat varian Mercedes-Benz EQE baharu sempena pelancaran Star Elegance, konsep runcit gaya hidup pertama seumpamanya dalam industri automotif, di Hap Seng Star Bukit Tinggi.
Tiga varian baharu yang dilancarkan adalah EQE 350+ Electric Art Line, EQE 350+ SUV Electric Art Line dan EQE 350+ SUV AMG Line selain, mengemas kini EQE 350+ AMG Line.
Bagi model EQE 350+ Electric Art Line, ia hadir dengan pakej luaran Electric Art Line, rim aloi twin spoke berukuran 19-inci, selain dilengkapi lampu Digital Light serta Adaptive Highbeam Assist Plus.
Menjengah dalam kabin, pakej Electric Art Line dipadankan bersama upholsteri kulit Artico berwarna hitam/kelabu.
Perincian lain termasuklah Advanved Sound System, sistem pencahayaan ambien dan Keyless-Go.
Bukan itu sahaja, kelengkapan lain tersedia termasuklah Parking Package bersama kamera 360 darjah.
Sementara, EQE 350+ AMG Line tampil dengan ciri-ciri baharu seperti berikut:
- Bumbung suria panoramic
- Gril radiator dengan kemasan corak Mercedes-Benz
- Kawalan stereng gandar belakang
- Sistem suspensi udara Airmatic
- Penutup soket pengecas elektrik
Beralih pada kuasa, EQE 350+ Electric Art Line sama seperti EQE 350+ AMG Line, dibekalkan dengan motor elektrik tunggal pacuan roda belakang, menghasilkan 292hp dan 565Nm.
Daya pecutan 0-100km/j hanya mengambil masa 6.4 saat manakala kelajuan maksimum dihadkan pada 210km/j.
Kedua-duanya dijana bateri berkapasiti 90.56kWj, menawarkan jarak gerak sekitar 665km sehingga 682km berdasarkan kitaran WLTP.
Bagi pengecasan pula, ia boleh dicas melalui pengecasan AC 22kW, mengambil masa 4 jam 45 minit untuk pengecasan penuh.
Pengecas pantas DC 170kW pula memakan masa 32 minit bagi pengecasan dari 10% hingga 80%.
Harga jualan bermula dari RM379,888 untuk varian Electric Art Line dan RM429,888 untuk AMG Line.
Beralih pula pada model EQE 350+ SUV Electric Art Line dan AMG Line, varian Electric Art Line hadir dengan pakej Electric Art, diserlahkan lagi melalui rim aloi 20-inci, upholsteri kulit Neotex atau Artico, suspensi Comfort serta Advanced Sound System.
Bagi varian AMG Line, ia dilengkapi bumbung suria panoramik, sistem suspensi udara Airmatic, kawalan stereng gandar belakang, sistem audio Burmester 3D dan rim AMG 20-inci.
Perincian lain termasuklah menerima kelengkapan seperti dinyatakan di bawah:
- Digital Light
- Adaptive High Beam Assist Plus
- Driving Assistance Package Plus
- Parking Package dengan kamera 360 darjah
kedua-dua varian EQE 350+ SUV dijana oleh motor elektrik tunggal, menghamburkan kuasa 292hp dan 565Nm tork.
Ia boleh memecut dari 0 hingga 100km/j hanya menelan masa 6.7 saat sementara had kelajuan dihadkan pada 210km/j.
Menerusi bateri berkapasiti 90.56 kWj, EQE 350+ SUV menawarkan jarak gerak antara 485km hingga 596km berdasarkan kitaran WLTP.
Bagi pengecasan pula, ia adalah sama seperti , EQE 350+ Electric Art Line dan EQE 350+ AMG Line, iaitu boleh dicas melalui pengecasan AC 22kW, mengambil masa 4 jam 45 minit untuk pengecasan penuh.
Pengecas pantas DC 170kW pula memakan masa 32 minit bagi pengecasan dari 10% hingga 80%.
Untuk harga, varian Electric Art Line boleh dimiliki pada harga bermula RM398,888 manakala AMG Line diberi tanda harga bermula RM448,888.
GALERI:
EQE 350+ Electric Art Line
EQE 350+ AMG Line
EQE 350+ SUV Electric Art Line
EQE 350+ SUV AMG LINE
- BACA: FOTO INTIP: BYD M6 EV MUNCUL DI CHINA, PEMANDUAN SEBELAH KANAN, BAKAL JADI MODEL EKSPORT
- BACA: BAS BAHARU LONDON BUATAN BYD – MAKIN LEBAR SAYAP BYD DI EROPAH
- BACA: TERKINI: KAWASAKI NINJA ZX-6R CKD LANCAR DI MALAYSIA JANUARI 2025 – BAWAH RM70K
- BACA: BMW CONCEPT SKYTOP, SENI 2 PINTU DARI JERMAN!