
FOTO KABIN PROTON IRIZ ACTIVE TERDEDAH. GABUNGAN KEMASAN HITAM/MERAH
Rasanya, apabila Proton Iriz Active dilancarkan nanti, tiada apa yang orang tak tahu. Ini kerana banyak betul foto spyshot tentang model terbaharu Proton yang bocor di internet sejak beberapa minggu lalu.
Selepas foto keseluruhan badannya terdedah, kini foto jelas yang menunjukkan bahagian kabin Iriz Active pula menerima nasib yang sama.
Memetik laporan portal fustasticko.net bahagian dalaman jentera ala crossover itu masih mengekalkan susun atur dan reka bentuk yang sama sebelum ini.

Cuma kali ini, ia hadir dengan kenasan warna hitam dan merah. Selain kemasan krom dan tempat duduk dibalut kulit berwarna hitam yang dikontraskan dengan jahitan benang merah.
Konsol tengah yang menerima kemasan merah turut dinaikkan sedikit. Ia juga dipasang dengan tombol gear baharu dan perehat tangan.
Sehingga kini, Proton masih belum mengumumkan tarikh tepat pelancaran Iriz Active atau Iriz/Persona MC2. Berkemungkinan besar selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. Kita tunggu sahajalah.
- BACA: INI INFO TERBARU PERODUA D55L. OK DAH BOLEH JUAL KERETA LAMA ANDA
- BACA: FOTO PERSONA MC2 TERDEDAH. LAMPU LED, SKRIN INFOHIBUR TERAPUNG, ADA PEREHAT TANGAN!
- BACA: CROSSOVER PROTON ARIZ ACTIVE 2021. LANCAR TIDAK LAMA LAGI?
- BACA: PANDU UJI: PROTON IRIZ 2017 – INILAH KERETA BANDAR YANG ANDA MAHU MILIKI



