
INI INFO TERBARU PERODUA D55L. OK DAH BOLEH JUAL KERETA LAMA ANDA
Penyiasat bebas kami @ Jack Ryan telah berhubung dengan kami bagi mendedahkan beberapa maklumat tambahan berkenaan crossover Perodua D55L yang bakal menerjah masuk ke pasaran tidak lama lagi. Maklumat teknikal berkenaan D55L boleh dirujuk di SINI. Kami senaraikan beberapa maklumat tambahan untuk bacaan anda.
1. Varian – kemungkinan besar akan wujud 3 varian bagi Perodua D55L dengan varian terendah 1.0 Standard G, varian pertengahan 1.0 Premium X dan juga varian tertinggi 1.0 AV. Tekaan kami ialah varian AV akan dipadankan dengan pelbagai aspek keselamatan terkini seperti sistem ASA 2.0
2. Harga – masih menjadi misteri, namun Jack Ryan mendedahkan jawapan pendek sahaja, “RM 60,000” tanpa mendedahkan varian mana. Tapi kalu dari segi logik, harga Myvi paling mahal ialah sekitar RM 52,000 dan Aruz 1.5X ialah RM 68,000. Jadi kami menjangkakan D55L ini akan dipasarkan antara julat harga RM 58,000- RM 68,000. Ini teka sahaja, kalau salah jangan marah

3. Rekaan – baik dari segi rekaan dalaman ataupun rekaan luaran, apa yang kita nampak pada Toyota Raize dan juga Daihatsu Rocky hampir 90% rekaan tersebut ada pada D55L. Beza 10% lagi kemungkinan pada ciri, fungsi dan juga rekaan tambahan yang perlu disesuaikan dengan harga serta kehendak pasaran. Jack Ryan juga mengesahkan papan pemuka D55L sama seperti Raize.
4. Nama – ok, untuk pembaca yang kurang arif berkenaan dengan industri automotif, D55L ini hanyalah kod projek yang digunakan ketika proses pembangunan crossover ini. Kalau letak nama Nautica, nanti ia akan mengimbau kembali projek crossover yang kurang berjaya satu ketika dulu. Paling sedap, guna balik nama Kembara yang pernah popular satu ketika dulu. Tolong jangan guna nama Lasaq, sebut pun tak sedap.
5. D55L vs Proton X50 – agak tidak adil untuk D55L bertanding dengan Proton X50 yang jauh lebih berkuasa 148/175 kuasa kuda. Malah dimensi D55L sebenarnya lebih kecil jika dibandingkan dengan Proton X50. Segmen pun turut memainkan peranan kerana X50 ditawarkan pada harga RM79,200 bagi varian termurah

Rasanya semua sudah tahu Proton sedang membangunkan Iriz yang digayakan dengan ciri-ciri crossover. Kami telah menyediakan artikel khas berkenaan ciri-ciri baru Persona/Iriz sebelum ini. Jack Ryan mengesahkan Iriz crossover akan digayakan seperti Axia Style dengan rim bersaiz 16 inci. Tapi kami tidak pasti samaada penyerap hentak Iriz crossover akan ditinggikan sedikit bagi menaikkan jarak kelegaan dengan permukaan jalan
Dari segi saiz, Iriz Active ini tak jauh berbeza dengan D55L. Iriz Active ini akan datang dengan enjin bersaiz 1600cc, hiasan plastic clading pada bahagian sisi serta kami menjangkakan bampar depan akan dipasang dengan ciri skid plate bagi menyerlahkan lagi ciri crossover. Jadi untuk pembaca yang meratib “baik beli baik beli” anda ada 2 pilihan sekarang, Iriz Active atau Perodua D55L