Buletin

2,000 UNIT SKODA SUPERB COMBI JADI ASET POLIS NEW ZEALAND

Skoda menandatangani perjanjian membekalkan sebanyak 2,000 unit Skoda Superb Combi untuk kegunaan pasukan polis New Zealand menjelang 2025.

Model berkenaan dipilih daripada 11 buah kenderaan disenarai pendekkan kerana memiliki kelebihan daripada segi prestasi, brek, pelepasan emisi, kebolehkerjaan, serta kos operasi secara keseluruhan yang lebih munasabah.

Sebanyak 100 unit pertama akan ‘melapor diri’ pada penghujung bulan Jun manakala 400 unit lagi bakal memulakan ‘tugas’ pada penghujung tahun.

Pihak polis New Zealand mendapatkan skoda wagon pacuan roda hadapan dan pacuan semua roda, malah kesemua unit wagon bakal mendapat sentuhan liveri polis, dipadankan lampu siren kecemasan dan kelengkapan lain.

Skoda bukanlah nama asing di dalam perkhidmatan polis kerana jenama itu mewakili hampir 30 pihak berkuasa di seluruh negara Eropah.

Ia termasuk United Kingdom (UK), Austria, Serbia, Croatia, Portugal, Perancis dan Belanda.

Model yang menjadi pilihan merupakan Octavia dan Superb. – carscoops

Google ads
Back to top button