
GAGAL BISNES TELEFON BIMBIT, BLACKBERRY BINA SUPERBIKE ELEKTRIK!
Satu perkara yang pasti dengan industri telefon bimbit ialah, kita tidak melihat jenama yang sama bertahan selamanya. Tak macam automotif, perkakasan elektrik, jenama mesin yang kekal di pasaran hampir beratur tahun lamanya.
Toyota, Bosch dan Sony misalnya.
Tapi bagi telefon bimbit, nama-nama yang pernah muncul seperti OKI, Nokia, Ericsson dan gergasi perkakasan seperti Blackberry sudah hilang dari radar.
“Kami tidak berbuat salah apa-apa, cuma lambat berubah”
Itulah kesilapan Nokia
Dan sama halnya dengan Blackberry yang pernah satu ketika sangat selesa dengan pelayan Blackberry Messenger (BBM) mereka. Apabila Android bersaing dengan iOS dan muncul aplikasi percuma seperti Whatsapp, Line, Wechat dan Telegram yang jauh lebih mesra pengguna, BBM lama kelamaan hilang kerana ia hanya boleh digunakan pada satu jenis telefon sahaja.
Tapi di manakah Blackberry sekarang?
Mereka masih buat telefon bimbit tapi pasarannya sejuk beku lah. Jenama yang ramai orang dah lupa.
Tapi ada satu berita yang mengejutkan, Blackberry kini terjun ke dunia automotif menerusi kerjasama dengan Damon Motorcycles dengan menghasilkan motosikal berkuasa elektrik.
Kerjasama ini bukanlah sesuatu yang baru bagi syarikat teknologi telefon pintar. Samsung, LG, Xiomi bekerjasama menghasilkan kereta berteknologi tinggi.
Blackberry menerusi perusahaan Research In Motion (RIM) mempamerkan motosikal elektrik Hypersport Pro Electric Superbike dalam pameran Consumer Electric Show (CES) di mana motosikal tersebut menggunakan sistem operasi QNX Blackberry sebagai dasar untuk sistem peringatan CoPilot.
Sistem ini menggunakan radar, kamera, dan sensor khas untuk mengesan objek yang bergerak berhampiran motosikal. Sebaik menerima isyarat, sistem ini akan memberi peringatan kepada penunggang supaya dapat mengurangkan bahaya.
Blackberry menjanjikan bahwa sistem peringatan kemalangan ini ringkas dan tak mengelirukan seperti sistem yang terdapat di pasaran sekarang. Ia membantu menjadikan perjalanan lebih selamat.
Motor Blackberry Hypersport ini sayangnya dijual dengan jumlah produksi yang terhad. Menerusi pameran teknologi terbesar Amerika itu juga para pengunjung berpeluang mencubanya menerusi melalui simulasi Virtual Reality.