Motosikal

NEWRON EV-1. MOTOSIKAL PALING MESRA ALAM. MOTOR ELEKTRIK, BADAN KAYU

Sebuah syarikat starup dari Perancis, Newron Motors memperkenalkan motosikal elektrik yang sangat unit dikenali sebagai Newron EV-1. 

Ia bukan sekadar motosikal, malah dilihat sebagai satu karya seni. Memakan masa selama bertahun-tahun untuk disiapkan, badan jentera itu dibuat sepenuhnya menggunakan kayu.

Seperti mana yang boleh dilihat pada foto render ini, EV-1 hadir dengan satu unit pek bateri pada bahagian bawah tempat duduk dan panel badan yang diperbuat daripada kayu.

“Kami sentiasa mencari cara baru  untuk meningkatkan keupayaan teknikal dan reka bentuk demi memberi keajaiban kepada manusia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Newron Motors, Sebastian Mahut.

Walaupun hadir dengan rekaan minimalis, aspek teknologinya begitu ke hadapan. Versi akhir EV-1 bakal dilengkapi meter kuasa pintar yang memaparkan baki jarak dan penggunaan tenaga bagi membolehkan penunggang dapat sampai ke destinasi dengan selamat. 

EV-1 didatangkan dengan lengan ayun pada sebelah bahagian sahaja dan satu unit draiveshaft. Dengan sekali caj, ia mampu mencatat jarak sejauh 298km. Motor elektrik menawarkan kuasa sehingga 102hp dan tork 240Nm. Dakwa Newron, motosikal itu mampu memecut dari 0-100km/j bawah 3 saat. 

Newron dilapor akan menawarkan edisi terhad motosikal pada tahun ini dengan produksi dijangka dimulakan tahun depan jika semua perancangan berjalan lancar.  

Mahut menyifarkan EV-1 sebagai haute couture dengan harga yang pastinya mampu dengar sahaja. Dia juga tidak memberitahu bilakah motosikal itu sedia untuk kepada pelanggan pertamanya. 

Google ads
Back to top button