Buletin

XIOMI REDMI. APABILA PEMBUAT TELEFON MEMBINA SEBUAH SUV…

Di China, ia bukan sesuatu yang asing bila bukan pemain utama menghasilkan kereta. Jenama seperti Nio, Wey malah Geely sekalipun asalnya adalah syarikat pengeluar peti sejuk.

Ia berkenaan berapa banyak duit yang anda ada dan dengan pasaran hampir 30 juta kereta terjual setahun, ia merupakan peluang yang wajib direbut setiap organisasi.

Syarikat yang berlandaskan teknologi telefon pintar di China, Xiomi nampaknya mengikut jejak langkah Google dan Samsung. SUV ini merupakan kerjasama syarikat ini dengan Bestune menerusi model T77

Jika anda masih ingat, Samsung pernah mempamerkan Samsung XM3 tak berapa lama dahulu dan ia merupakan versi rebadge dari Renault Arkana.

Bestune T77 itu sendiri merupakan sebuah produk yang masih baru yang merupakan anak syarikat FAW China. Model konsep ini pertama kali muncul di Beijing Auto Show 2018 dan tak lama selepas itu versi produksi muncul di Ghuangzhou Auto Show 2018 di bulan November tahun lalu.

SUV Xiaomi Redmi Car ini menggunakan enjin 1,200cc Turbo yang menghasilkan 143 hp dan tork maksima 204 Nm. Ia digandingkan dengan transmisi MANUAL enam kelajuan.

Xiaomi Redmi Car bakal dijual dengan harga mulai 89.000 Yuan atau kira-kira RM54,600.

Murah kan? Ye lah, China mana boleh jual mahal.

Google ads
Back to top button