Buletin

GENTING BAYAR PENUH, JADI PEMILIK BAHARU KAPAL MEWAH EQUANIMITY

Genting Malaysia Berhad kini sah menjadi pemilik baharu kapal mewah, Equanimity selepas bayaran mencecah setengah bilion Ringgit dikreditkan ke akaun 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Perkembangan itu disahkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas. Tommy memberitahu harga itu dibayar oleh Genting dalam tempoh masa yang ditetapkan. Beliau juga menegaskan bahawa semuanya dilakukan dalam keadaan yang telus dan terbuka. 

“Keseluruhan proses bermula dari kapal ini belayar ke perairan Malaysia pada Ogos 201, penahanannya berdasarkan kepada Mahkamah Pelayaran sehingglah dijual kepada pihak swasta telah dijalankan mengikut standard tertinggi undang-undang maritim, selari dengan sistem perundangan,. 

“Jad, semua pihak patut berbangga atas sumbangan undang-undang dalam mendapatkan semula aset negara demi kebaikan rakyat,” kata Tommy.  

Superyacht tersebut sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana dimiliki oleh Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low yang menjadi individu penting dalam siasatan kes rasuah dan menggelapkan wang 1MDB. 

Equanimity dipercayai dibeli oleh Jho Low pada harga RM1.02 bilion menggunakan wang yang dikaitkan dengan 1MDB. Pada April 2016, Genting Malaysia Berhad atau syarikat pengangkutan khasnua dilapor membeli kapal tersebut pada harga RM514 juta. 

Nama kapal itu kemudian ditukar menjadi Tranquility. 

sumber: The Star

Tags
Google ads
Back to top button