Buletin

GAMBARAN TENTANG MODEL BAHARU FELICIA FUN. SEBUAH MODEL PIKAP YANG MENGGEMBIRAKAN

Lama dahulu Skoda Auto pernah menghasilkan sebuah model pikap yang cukup ceria dan kontemporari, Felicia Fun. Dan seorang penggaya dari Perancis Julien Petitseigneur telah memberikan gambaran bagaimanakah rupa pengganti kepada model Felicia Fun ini dengan memberikan semangat kepada model kultus 90an ini sambil menggabungkan bahasa reka bentuk Modern Solid Skoda yang terkini.

Walaupun Škoda telah memperoleh reputasi untuk menghasilkan beberapa model serba boleh terbaik dalam industri, sejarahnya juga membuktikan bahawa Skoda pernah menampilkan model yang dicipta semata-mata untuk keseronokan.

Antara yang paling diingati adalah model SkodaFelicia Fun sebuah pikap berani dan kelihatan cukup riang ria yang telah dibina antara 1997 dan 2000 sekali gus membawa semangat pengembaraan kepada barisan jenama itu. Dengan ruangan belakang gelongsor yang unik dan tempat duduk belakang jenis pop-up, Felicia Fun dengan cepat menjadi kegemaran masyarakat ketiak itu dan hari ini berdiri sebagai salah satu kereta keluaran Škoda yang paling terhad, dengan hanya lebih 4,200 unit sahaja yang telah dibuat.

Tafsiran baharu untuk Felicia Fun ini berdasarkan falsafah reka bentuk Modern Solid Škoda, pertama kali dipamerkan pada konsep Vision 7S yang memberikan elemen penentu model Elroq dan Enyaq baharu. Permukaan yang bersih dan perkadaran berani mencerminkan hala tuju baharu Škoda, manakala sentuhan retro yang halus cuba dikekalkan karektor Felicia Fun yang mengekalkan watak riang asal.

Di bahagian hadapan, kajian itu menampilkan jeriji Muka Tech-Deck yang diapit dengan lampu hadapan LED berbentuk T yang nipis yang merupakan elemen Modern Solid yang istimewa. Rupa yang lebar dan roda aerodinamik diimbangi oleh bampar hitam tebal, ambang, dan pelapisan gerbang roda, semuanya berbeza dengan reka bentuk berwarna badan kuning yang cukup sinonim dengan Felicia Fun yang asal.

Walaupun bahagian belakang mengekalkan spoiler lebar penuh yang asal, jalur di bahagian pintu belakang telah digantikan dengan bar cahaya yang memancarkan cahaya merah jambu dan bukannya merah. Julien Petitseigneur juga memilih warna merah jambu neon untuk menyerlahkan roda dan warna kaca untuk mengukuhkan lagi rasa seronok riang ria ketika bersuka ria di tepi pantai.

Di dalam, Felicia Fun yang dibayangkan semula meneruskan tema retro dengan srin papan pemuka lebar penuh menampilkan grafik gaya konsol permainan video old school, dengan skrin direka sedemikian rupa sehingga ia kelihatan seperti tafsiran semula moden monitor CRT besar yang biasa dari era kereta asal. Walaupun ketiadaan sekat belakang gelongsor dari model asal dan tempat duduk terbuka tambahan, perkadaran konsep akan membolehkannya bersedia sekiranya diperlukan dalam proses produksi massa kelak.

BACA : SKODA FELICIA FUN – KENDERAAN YANG CUKUP UNTUK BERSERONOK DAN BERONOK RONOK

BACA : SKODA ROOMSTER – APA LAIN BENAR RUPANYA MODEL NI KAN?

Google ads

B K

Back to top button