
Motosikal
BUKAN GT150, MODENAS PILIH NAMA BAHARU BAGI SUPERMOPED, LANCAR DI MOTOGP MALAYSIA
Umum sedia maklum bahawa MODENAS bakal memperkenalkan motosikal supermoped pertama untuk pasaran tempatan.
Sebelum ini, kami telah pun melaporkan bahawa supermoped dari MODENAS itu akan menggunakan nama GT150. Namun, ketika pelancaran hampiri sebulan sahaja lagi, MODENAS telah menetapkan nama baharu yang akan didedahkan pada hari pelancaran nanti.

Ketika artikel ini diterbitkan, kami telah menyertai lawatan ke kilang MODENAS di Gurun, Kedah bagi melihat dengan lebih dekat motosikal serba baharu itu.
Dalam pada itu, prototaip ZT150 juga beberapa kali telah kelihatan menjalani ujian jalan raya.
MODENAS bakal melancarkan ZT150 di MotoGP Malaysia yang akan berlangsung dari 24 hingga 26 Oktober ini.







