Buletin

GEELY BINYUE SUPER POWER EDITION DILANCARKAN DI CHINA – JANA 126HP, HARGA SEKITAR RM39K

Geely baru-baru ini telah mengeluarkan gambar rasmi SUV Binyue Super Power Edition, dijangka dilancarkan pada bulan Julai dengan harga sekitar AS$8,300 (RM39,123).

Geely Binyue pertama kali dilancarkan pada tahun 2018. Dalam tempoh enam tahun sejak pelancarannya, hampir 890,000 unit telah dijual di seluruh dunia.

Binyue Super Power Edition dibina atas platform B-segment Modular Architecture (BMA) Geely dan dikategorikan sebagai SUV kompak.

Walaupun dimensi model baru ini belum diumumkan, sebagai rujukan, model semasa berukuran 4,330/1,800/1,609mm, dengan jarak roda 2,600mm.

Berbanding dengan model semasa, penampilan Super Power Edition kekal tidak berubah. Wajah hadapannya direka berdasarkan bahasa Super Power Storm dengan gril berlapis: gril kecil di atas dan gril trapezoid besar di bawah selain diserlahkan lagi melalui rim aloi aluminium 17-inci.

Di dalamnya, kokpit dipadankan bersama skema warna klasik hitam dan kelabu, dengan tempat duduk menerima kulit hitam, stereng kulit multi-fungsi empat jejari, skrin kawalan pusat 8-inci, serta panel instrumen.

Di bawah skrin kawalan pusat terdapat saluran penyaman udara serta tombol kawalan, sementara konsol tengah terdapat tuas gear gaya kapal layar, pelbagai butang fizikal, dan pemegang cawan.

Beralih pada kuasa, SUV ini dijana oleh enjin 1.5TD baharu, digandingkan dengan transmisi manual 5-kelajuan atau CVT simulasi 8-kelajuan, menghasilkan 126hp dan tork 152Nm.

Seperti dinyatakan diatas, Binyue Super Power Edition dijangka diberi tanda harga bermula AS$8,300 (RM39,123).

GALERI:

Google ads
Back to top button