Motosikal

IMEJ JELAS TERBARU CFMOTO 675SR-R, LANCAR TAHUN INI

Baru-baru ini CFMoto telah pun mendedahkan CFMoto 675SR-R Aspar Edition yang merupakan model khas dibangunkan sebagai penghargaan kepada Jorge ‘Aspar’ Martinez yang merupakan bekas pelumba dan pengurus pasukan CFMoto Aspar Racing Team di Moto3. 

Kemunculan 675SR-R Aspar Edition itu secara tak langsung memberi bayangan rupa sebenar model yang akan diperkenalkan untuk pasaran global tidak lama lagi. 

Terbaru, gambar lebih jelas 675SR-R tanpa sebarang grafik dan livery telah mula berlegar di media sosial. 

*Izan Guevara menguji CFMoto 675SR-R di Valencia

Tangkap layar dari video berdurasi satu minit itu memaparkan pelumba Moto2, Izan Guevara dan David Alonso menguji prototaip 675SR-R di Litar Valencia pada 29 April lalu. 

Video berkenaan jelas membuktikan bahawa 675SR-R itu telah pun berada dalam keadaan siap sepenuhnya sekaligus beri bayangan pelancaran rasmi akan berlangsung tahun ini. 

*rupa jelas bahagian depan 675SR-R

Berdasarkan maklumat diperolehi sebelumi ni, CFMoto 675SR-R dipacu enjin tiga silinder 675cc yang berupaya menjana lebih dari 100hp pada 12,300rpm. CFMoto turut mendakwa enjin tersebut 10 peratus lebih ringan berbanding pengeluar lain dalam segmennya pada 55kg. 

Setakat ini kami berjaya mengenal pasti beberapa kelengkapan diguna pakai termasuk casis dan swingarm jenis aluminium, pakej brek dari J.Juan, winglet, serta lampu LED dengan DRL (daytime running light). Dalam pada itu, kami juga menjangkakan model ini akan turut menawarkan panel meter TFT , traction control serta fungsi ‘quickshifter’. 

Google ads
Back to top button