Buletin

GIULIA – PENYELAMAT ALFA ROMEO?

Pengeluar kereta dari Itali, Alfa Romeo semalam memperkenalkan sedan yang sudah lama ditunggu-tunggu, Giulia.

Alfa-Romeo-Giulia-mekanika (4)

Giulia dibangunkan di atas platform baharu dan menggunakan pacuan roda belakang. Sudah pasti, ia menyerlahkan reka bentuk Alfa Romeo yang sememangnya bijak dalam menghasilkan jentera yang cantik.

Sekali pandang, Giulia memiliki overhang yang sangat pendek, bonet panjang dan penampilan maskular. Tapak rodanya adalah yang paling panjang dalam segmennya. Ia bagi memberikan kestabilan, keselesaan dan praktikaliti maksimum.

Alfa-Romeo-Giulia-mekanika (3)

Jentera yang memiliki agihan berat 50/50 itu dikuasakan oleh enjin V6 turbo. Ditala oleh sepasukan jurutera dari Ferrari, model tertinggi iaitu Giulia Quadrifoglio dibekalkan dengan kuasa mencecah 510hp.

Dengan kuasa tersebut, ia mampu memecut dari 0 hingga 100km/j dalam masa 3.9 saat sahaja. Biarpun begitu, sedan ini tetap mampu menawarkan penggunaan bahan api yang efisien. Terima kasih kepada sistem penyahaktifan silinder yang digunakannya.

Alfa-Romeo-Giulia-mekanika (1)

Bahagian kabin tampil dengan rekaan yang kemas dan ringkas. Direka agar berorientasikan pemandu, semua butang kawalan utama diletakkan pada stereng yang mengambil inspirasi rekaan stereng jentera F1.

Ruang itu juga mengaplikasikan material-material premium seperti gentian karbon dan kayu sebenar untuk menghidupkan ambien yang mewah.

Alfa-Romeo-Giulia-mekanika (5)

Kualiti pengendalian Giulia dijamin menerusi penggunaan sistem suspensi multilink Alfalink untuk gandar belakang. Sementara roda hadalan pula mengguna pakai set-up double-wishbone.

Pendek kata, Alfa Romeo Giulia bolehlah disifatkan sebagai ‘la meccanica delle emozioni’ (mekanik emosi). Jentera itu juga memulakan penggunaan logo baharu Alfa Romeo yang direka oleh Robilant Associati.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button