
KUNJUNGI SIRI JELAJAH VW
Volkswagen Malaysia baru sahaja memulakan siri jelajah di pusat-pusat membeli-belah di Lembah Klang bagi membolehkan orang ramai merasai pengalaman dengan jenama tersebut.
Para pengunjung juga berpeluang melihat secara dekat dan lebih personal dengan model Volkswagen Beetle Bug dan Jetta edisi terhad.
Setiap hari sepanjang siri jelajah tersebut, seorang pemenang bertuah bakal membawa pulang satu baucar petrol bernilai RM200 dengan hanya mengambil bahagian dalam satu peraduan Instagram yang mudah. Untuk menang, hantarkan foto paling kreatif anda bersama Volkswagen Beetle Bug edisi terhad dan hashtag #VWRevealYourStripe.
Sekiranya merancang membeli sebuah kereta Volkswagen, ada tawaran menarik untuk anda. Anda boleh memiliki model-model seperti Polo, Polo Sedan, Jetta, Golf, Passat dan Tiguan dengan 0 bayaran muka dan 0 faedah. Promosi ini menawarkan penjimatan sehingga RM48, 000.
Jadual siri jelajah adalah seperti berikut:
Lokasi Tarikh
Ikano Power Centre 23 hingga 28 Jun
One Utama 1 hingga 5 Julai
Paradigm Mall 9 hingga 12 Julai