Motosikal

DUCATI MALAYSIA LANCAR SCRAMBLER

Next Bike Sdn Bhd (Ducati Malaysia) sekali lagi membuatkan peminat motosikal tempatan tidak keruan apabila melancarkan varian penuh model popularnya, Scrambler  Ducati.

Scrambler-Ducati-2015-mekanika (3)

Pengenalan model-model baharu tersebut juga menandakan bermulanya siri jelajah Scrambler Ducati ke seluruh negara. Anda kini boleh memilih di antara model Icon, Urban Enduro, Full Throttle dan Classic.

Scrambler-Ducati-2015-mekanika (4)

Harga pengenalan termasuk GST adalah seperti berikut: 

  • Scrambler Icon – RM57,333
  • Scrambler Urban Enduro – RM64,888
  • Scrambler Full Throttle – RM64,888
  • Scrambler Classic – RM64,888

Scrambler Ducati _008

Diinterpretasikan daripada jentera ikon tahun 1970-an, Scrambler 2015 merupakan sebuah motosikal sport yng mudah untuk dikendalikan.  Bagi menghidupkan kembali nostalgia, pasukan reka bentuk Ducati mengekalkan karekteristik Scrambler seperti tangki minyak, penutup tangki ‘born in 1962’ dan lampu utama berbentuk bulat.

Scrambler-Ducati-Icon-mekanika (2)

Versi Scrambler Icon boleh dikenali menerusi panel sisi aluminium. Tempat duduk serendah 790mm menawarkan keselesaan kepada penunggang dan pemboncengnya.

Scrambler-Ducati-Icon-mekanika (4)

Ciri-ciri lain yang menyerlahkan versi Icon termasuklah bar hendal lebar, rim dual sport, kemasan aluminium pada penutup belt, pelindung haba dan panel instrumen yang boleh ditukar warna. Ia ditawarkan dalam dua warna iaitu kuning dan merah.

Scrambler-Ducati-Urban-Enduro-mekanika (3)

Varian Scrambler Urban Enduro yang berwarna hijau (Wild Green) sesuai untuk mereka yang tinggal di kawasan bandar. Tempat duduknya dibalut dengan kulit berwarna coklat yang ergonomik. Pelindung fork, enjin dan gril pada lampu melindungi komponen penting ini jika terpaksa mengharung laluan off-road.

Scrambler-Ducati-Full-Throttle-mekanika (2)

Model Scrambler Full Throttle yang didatangkan dalam warna hitam (Deep Black) diinspirasikan oleh dunia trak rata. Ia dilengkapi ekzos perlumbaan Termignoni yang dihomologasi untuk kegunaan di atas jalan raya, tempat duduk jenis perlumbaan dan pelekat grafik berwarna kuning yang ringkas. Manakala hendal bar yang direndahkan dan mudguard hadapan yang pendek menyerlahkan lagi gaya perlumbaannya.

Scrambler-Ducati-Classic-mekanika (3)

Scrambler Classic yang berwarna oren pula disasarkan untuk mereka yang menghargai perincian dan gaya motosikal tahun 1970-an. Antara cirinya yang unik termasuklah mudguard aluminium pada bahagian hadapan  dan belakang, rim lidi serta tempat duduk berwarna coklat.

Scrambler-Ducati-2015-mekanika (7)

“Sejak preview eksklusif kepada media Oktober tahun lalu, kami tahu bahawa model ini akan menerima maklum balas memberangsangkan daripada orang ramai. Kini, rangkaian penuh Scrambler Ducati sudah ada di pasaran tempatan,” kata Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, NAZA World Group of Companies, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin.

Tidak dapat dinafikan bahawa Scrambler yang hadir dengan gaya retro ini mampu  menarik minat penunggang lama dan baru. Ini kerana jentera ini sangat menarik untuk diubah suai (custom).

Scrambler-Ducati-Merchandise-mekanika (1)

Sebelum ini, Scrambler dikuasakan oleh enjin silinder tunggal bersesaran 250cc. Kini, model baharu menggunakan khidmat enjin 803cc L-Twin yang berupaya menghasilkan 75 kuasa kuda.

Ciri-ciri moden lain yang ada termasuklah sistem brek ABS dua saluran, lampu LED dan port mengecas USB di bawah tempat duduk.
[hr]GALERI

Scrambler-Ducati-Classic-mekanika (1)Scrambler-Ducati-Classic-mekanika (2)Scrambler-Ducati-Classic-mekanika (3)Scrambler-Ducati-Full-Throttle-mekanika (1)Scrambler-Ducati-Full-Throttle-mekanika (3)Scrambler-Ducati-Full-Throttle-mekanika (4)Scrambler-Ducati-Full-Throttle-mekanika (5)Scrambler-Ducati-Icon-mekanika (1)Scrambler-Ducati-Icon-mekanika (3)Scrambler-Ducati-Icon-mekanika (5)Scrambler-Ducati-Merchandise-mekanika (2)Scrambler-Ducati-Urban-Enduro-mekanika (1)Scrambler-Ducati-Urban-Enduro-mekanika (2)Scrambler-Ducati-Urban-Enduro-mekanika (4)Scrambler-Ducati-Urban-Enduro-mekanika (5)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button