
GOLF SPORTWAGEN EDISI TERHAD
Volkswagen America, Inc. mengumumkan ketibaan model Golf SportWagen Edisi Terhad.
Harga model tersebut dianggarkan sekitar $24,995. Golf SportWagen Limited Edition dilengkapi pelbagai sistem keselamatan seperti Adaptive Cruise Control (ACC), Blind Spot Monitor, Forward Collision Warning dan Autonomous Emergency Braking (Front Assist).
Edisi terhad itu juga didatangkan dengan peningkatan luaran antaranya rim aloi aluminium 17-inci, bumbung suria/panorama, kemasan cermin krom dan lencana Limited pada fender hadapan.
Bahagian kabin ditawarkan kerusi kemasan kulit, keyless entry dan butang push start. Setiap kenderaan juga dibekalkan dengan kerusi hadapan bersama ciri pemanas dan nozel pembersih cermin.
Tidak ketinggalan model itu dilengkapi sistem hiburan MIB II yang menawarkan rangkaian lengkap ciri sambungan. Sistem MIB II boleh disambung dengan USB, VW-Car Net App-Connect, Apple CarPlay, Android Auto dan MirrorLink.
Golf SportWagen Edisi Terhad dijana oleh enjin 1.8 liter TSI bercas turbo yang menghasilkan kuasa 170hp. Penghantaran kuasa ke roda diserahkan kepada kotak gear automatik 6-kelajuan.