Buletin

GOODYEAR GUNA MINYAK KACANG SOYA – TINGKATKAN PRESTASI TAYAR

Pengeluar tayar terkemuka dunia, Goodyear Tire & Rubber Company memperkenalkan satu teknologi tayar baharu hasil kerjasama dengan Lembaga Kacang Soya Bersatu (USB).

Penggunaan kompaun getah yang berasaskan kepada minyak kacang soya pertama itu didakwa dapat membantu Goodyear meningkatkan prestasi tayarnya di laluan kering, basah dan ketika musim sejuk.

Sepasukan saintis dan jurutera Goodyear telah berjaya mencipta satu jalinan kompaun atau formulasi menggunakan minyak kacang soya. Ia diekstrak secara semula jadi, kos efektif, neutral karbon dan boleh diperbaharui.

Dengan aplikasi minyak kacang soya, Goodyear mendapat satu cara baru untuk membantu kompaun getah mudah dibentuk dalam kondisi suhu yang sentiasa berubah-ubah. Ia merupakan aspek penting dalam mengekal dan meningkatkan tahap cengkaman kenderaan.

BACA: GOODYEAR EAGLE F1 ASYMMETRIC 3 – TAWAR PENGALAMAN PEMANDUAN LUAR BIASA

Ujian juga menunjukkan campuran minyak kacang soya adalah lebih mudah berbanding kompaun yang diperkuatkan oleh silica. Sekali gus dapat menambah baik kecekapan pengilangan dan mengurangkan penggunaan tenaga.

Pengkomersilan minyak kacang soya pada tayar merupakan inovasi terbaharu Goodyear. Ia menambah rangkaian inovasi lain sebelum seperti penggunaan silica yang diambil daripada abu sekam padi.

Google ads
Back to top button