Motosikal

TRIUMPH STREET TRIPLE, BERMULA RM52.9K – INILAH NAKED YANG ANDA PERLUKAN

SHARE
Toyo Tyre – Mrec – Desktop

Kini anda boleh memiliki sebuah jentera yang telah memenangi banyak anugerah naked terbaik dunia.

Ini kerana Fast Bikes Sdn Bhd (Triumph Malaysia), semalam secara rasminya melancarkan model Triumph Street Triple 2018.

Toyo Tyre – Leaderboard – Desktop

Disifatkan sebagai model terbaik pernah dihasilkan oleh Triumph, ia hadir dalam tiga varian iaitu Street Triple S, Street Triple Low Ride Height (LRH) (R Low) dan RS.

Varian LRH menawarkan posisi pelana yang dipasang 30mm lebih rendah berbanding model standard. Sekali gus membuatkannya lebih yakin ditunggang oleh mereka yang memiliki ketinggian sederhana.

Lebih menarik lagi, model yang diimport sepenuhnya (CBU) dari kilang Triumph di Thailand itu ditawarkan pada harga sangat kompetitif.

Street Triple S – RM52,900 (merah dan hitam)

Street Triple R (LRH) – RM59,900 (putih, hitam, perak matt)

Street Triple RS – RM66,900 (hitam metalik, perak matt)

Untuk makluman, Street Triple mula dikeluarkan pada tahun 2007 dan berjaya mencatat jualan lebih 50,000 unit. Street Triple cukup popular dalam kalangan penunggang yang mahukan sebuah jentera ringan, lincah, praktikal dan mesra pengguna.

Rekaan agresif

Dengan lampu hadapan berkembar dan garis-garis tajam pada badannya, Street Triple tampil agresif. Varian R dan RS dilengkapi lampu Nyalaan Siang (DRL) yang 28 kali lebih terang berbanding lampu generasi sebelumnya.

RS dibezakan dengan belly pan dan penutup tempat duduk pembonceng yang mengikut kod warna dan banyak lagi.

Antara ciri yang paling menyerlah pada varian R dan rs ialah paparan skrin TFT bersaiz lima inci. Dikatakan sebagai antara yang paling canggih dalam industri, skrin tersebut memaparkan segala maklumat tunggangan.

Lebih menarik lagi, penunggang boleh menukar kepada empat tema berbeza. Tema tersebut menukar susun atur maklumat berkaitan mod tunggangan yang dipilih. Ia juga boleh dilaras untuk memastikan penunggang dapat melihatnya dengan jelas.

Enjin lebih berkuasa

Kesemua varian Street Triple dijana oleh enjin berkapasiti lebih besar, tetapi lebih ringan berbanding enjin lama. Enjin itu dibina berasaskan kepada enjin 675cc yang dipasang pada Triumph Daytona.

Biarpun enjin yang sama, output kuasa bagaimanapun berbeza mengikut varian:

Street Triple S – 111bhp, tork 73Nm pada 9,100rpm.

Street Triple R (LRH) – 116bhp, tork 77Nm pada 9,400rpm

Street Triple RS – 121bhp, tork 77Nm pada 10,800rpm

Output itu disalurkan ke roda melalui kotak gear enam kelajuan dengan fungsi ‘slip assist’. Hanya varian RS sahaja dilengkapi ciri ‘quickshifter’ sebagai kelengkapan standard.

Kuasa itu kemudian diselaras oleh sebuah ECU pintar yang menawarkan sehingga lima mod tunggangan berbeza. Street Triple S dilengkapi dengan dua mod iaitu ‘rain’ dan ‘road’.

BACA: TRIUMPH PERKENAL RANGKAIAN STREET TRIPLE S, R DAN RS BAHARU

Varian RS hadir dengan lima mod – ‘rain’, ‘road’, ‘sport’, ‘track’ dan satu lagi mod yang boleh diprogram mengikut kecederungan penunggang. Varian R pula dilengkapkan dengan ke semua mod penunggangan yang sama seperti RS, kecuali mod ‘track’.

Kesemua varian didatangkan dengan sistem brek ABS dan kawalan cengkaman sebagai ciri standard.

Ini hanya sebahagian kecil daripada ciri yang ada pada Street Triple. Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian terbaru Triumph Street Triple, sila kunjungi bilik pamerannya di Petaling Jaya, Johor Bah ru atau Pulau Pinang.

Sebelum itu, tengok dahulu spesifikasi lengkapnya di laman web: www.triumphmotorcycles.my.

Tags
Google ads
Back to top button