Buletin

NISSAN 370Z 2018 TERIMA PENAMBAHBAIKAN

Nissan mula membuka lembaran baru untuk model berprestasi keluarannya apabila memperkenalkan coupe 370Z yang telah dipertingkatkan.

Penambahbaikan itu jelas memberi gayaan yang lebih kontemporari ke atas reka bentuk klasik 370Z. Ia melibatkan hendal pintu dan fascia bampar belakang berwarna hitam

Lampu utama dan lampu belakang digelapkan (sebelum ini hanya ada pada model NISMO) kini menjadi satu ciri standard.

Jentera tahun 2018 itu juga menerima rim aloi bersaiz 19 inci dan warna merah metalik baru yang memang menyerlah. Dari jauh pun dah boleh nampak.  

Nissan bekerjasama dengan EXEDY untuk mengintegrasikan klac berprestasi tinggi ke dalam versi manual 370Z. Klac baharu itu menambah baik aspek penurunan gear, mengurangkan pergerakan pedal dan membuatkan penukaran gear yang lebih tepat.

Di ruang kabin, 370Z dilengkapi sistem infotaimen NissanConnect Premium. Ia terdiri daripada skrin sentuh bersaiz tujuh inci, sat-nav, pemain DVD dan kamera undur.

370Z 2018 masih menggunakan enjin V6 bersesaran 3.7 liter dengan kuasa 328PS. Kuasa kemudian disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear automatik atau 6-speedn manual.  

Jentera itu kekal menjadi satu-satunya yang menawarkan Syncro Rev Control – sistem kawalan naik turun shift rev synchronized sepenuhnya pada versi manual.

Kejayaan jentera Z Nissan bermula pada tahun 1969 menerusi pelancaran Fairlady Z / Datsun 240Z. Lima generasi selepasnya terus berpegang pada DNA-nya iaitu prestasi, reka bentuk malar segar dan mampu milik.

Versi terkini itu sudah mula dijual pada harga bermula £29,185 (RM161,326) seunit di United Kingdom.

Google ads
Back to top button