
GOODYEAR LANCAR TAYAR ELECTRICDRIVE, DIREKA UNTUK KENDERAAN ELEKTRIK
Goodyear terus melangkah ke hadapan apabila melancarkan tayar direka khas untuk kenderaan elektrik (EV) iaitu ElectricDrive, dikuasakan oleh teknologi perlumbaan Goodyear ETCR.
ElectricDrive menampilkan teknologi Electric Drive Ready (EDR) di mana ia menawarkan pengurangan bunyi bising, mempunyai tahap rintangan rendah (low rolling resistance) bagi mempertingkatkan kecekapan penggunaan tenaga EV.

Untuk mengekalkan ketenangan ketika dalam perjalanan, ElectricDrive mengoptimumkan reka bentuk bunga dengan nombor pic tinggi, sekali gus menghasilkan daya impak lebih rendah, seterusnya meningkatkan prestasi pengurangan bunyi.
Selain itu, ElectricDrive juga direka bentuk dengan corak papan litar yang dipatenkan, berasal daripada tayar EV konsep Goodyear yang diperkenalkan pada Geneva International Motor Show 2018.

Selain berprestasi tinggi, ElectricDrive juga membantu dalam menjaga kelestarian alam sekitar. Untuk makluman, tayar ElectricDrive mengandungi bentuk molekul khas yang meningkatkan prestasi haus bunga dengan signifikan.
Seperti sedia maklum, ElectricDrive ialah kelengkapan paling sesuai untuk kenderaan elektrik dan sebarang maklumat lanjut mengenai Goodyear ElectricDrive, sila layari laman web rasmi Goodyear.
- BACA: GOODYEAR WRANGLER DURATRAC RT DIPERKENALKAN – DIREKA UNTUK PEMINAT OFF-ROAD
- BACA: GOODYEAR EAGLE F1 ASYMMETRIC 6 TAWAR PENGENDALIAN LEBIH BAIK, TAMPIL INOVATIF
- BACA: SUDAH DIUJI: TAYAR GOODYEAR ASSURANCE COMFORTTRED. SENYAP BETUL DENGAN TEKNOLOGI ANX, SAIZ 16-19 INCI, SESUAI UNTUK SEDAN PREMIUM!
- BACA: TAYAR GUNA 90% BAHAN MAMPAN GOODYEAR LULUS – MAMPU JIMATKAN BAHAN API