GOODYEAR ASSURANCE MAXGUARD TAWAR LEBIH PERLINDUNGAN, LEBIH LASAK
Goodyear Asia Pacific baru-baru ini melancarkan Assurance MaxGuard dan menawarkan perlindungan 2-dalam-1.
Diinspirasikan oleh tayar konsep Goodyear 360, Assurance MaxGuard dilengkapi ActiveGrip Technology-Grip Protection yang mampu menawarkan jarak membrek lebih pendek.
Kompaun bunga tayar generasi baharu ini menampilkan lebih 80 peratus silika dan digabungkan resin yang tinggi untuk memberikan cengkaman tambahan, terutamanya dalam keadaan jalan basah.
Selain itu, dengan adanya DuraGuard Technology, ia menjadikan tayar ini lebih kuat serta lasak bagi menahan impak jalan raya termasuk, dibina untuk memberikan perbatuan yang baik.
Assurance MaxGuard sesuai dengan pelbagai jenis sedan peringkat pertengahan, termasuk Toyota Camry, Buick Passat, Volkswagen Lavida dan model popular lain di pasaran Asia Pasifik.
Untuk maklumat lanjut tentang saiz yang tersedia bagi tayar Goodyear Assurance MaxGuard, sila layari laman web rasmi Goodyear.
- BACA: GOODYEAR LANCAR TAYAR ELECTRICDRIVE, DIREKA UNTUK KENDERAAN ELEKTRIK
- BACA: GOODYEAR WRANGLER DURATRAC RT DIPERKENALKAN – DIREKA UNTUK PEMINAT OFF-ROAD
- BACA: GOODYEAR EAGLE F1 ASYMMETRIC 6 TAWAR PENGENDALIAN LEBIH BAIK, TAMPIL INOVATIF
- BACA: SUDAH DIUJI: TAYAR GOODYEAR ASSURANCE COMFORTTRED. SENYAP BETUL DENGAN TEKNOLOGI ANX, SAIZ 16-19 INCI, SESUAI UNTUK SEDAN PREMIUM!