Buletin

GR COROLLA RALLY CONCEPT DIPERTONTONKAN DI TOKYO AUTO SALON 2025 – PENGGANTI GR YARIS RALLY1 MUNGKIN?

Suatu ketika dahulu sebelum nama Toyota GR Yaris mula mendominasi dunia rali moden telah wujud juga sebuah model jentera rali yang menjadi buah mulut peminat rali tidak lain dan tidak lain dan tidak bukan, Toyota Corolla WRC.

Sedikit sejarah untuk diimbas, Toyota Corolla ini merupakan sebuah jentera rali yang bukan biasa – biasa. Toyota Corolla WRC mula membuat debut ketika Rally Finland pada tahun 1997 dengan duo pemandu Marcus Grönholm dan juga Didier Auriol.

Kemuncaknya adalah pada tahun 1999 yang mana Toyota Castrol Team ketika itu berjaya memenangi kejuaraan Pengeluar FIA World Rally Championship dengan duo pemandu yang serupa sementelah berjaya meraih tempat kedua Pengeluar dan Pemandu untuk tahun sebelumnya.

Dan selepas itu, Toyota memutuskan untuk menarik diri daripada perlumbaan rali bagi memberikan tumpuan terhadap perlumbaan F1 kemudiannya.

Bersempena dengan pameran kereta tersohor di muka bumi Tokyo Auto Salon 2025, Toyota Gazoo Racing telah membuat kejutan dengan menayangkan model GR Corolla Rally Concept.

Ini adalah penampilan semula Corolla dalam dunia rali semenjak kali terakhir apabila Toyota menyertai kejuaraan WRC pada tahun 1999.

Model jalanan GR Corolla ini telah pun dilancarkan pada tahun 2022, sebuah hatchback yang seksi diasaskan daripada model standard Toyota Corolla hatchback generasi baharu.

Ianya menggunakan enjin  1.6-liter G16E-GTS turbo, enjin yang serupa terdapat pada model GR Yaris. Berbanding out untuk model GR Yaris hanya pada angka 268 HP, GR Corolla ini mampu menghasil lebihan kuasa sehingga 300 HP dan 400 Nm.

Terima kasih kepada rekaan tiga tip ekzos di belakang bagi mengurangkan tekanan di bahagian belakang. Dan sebagai sebuah kereta yang sememangnya dikhususkan untuk berlumba, sudah semestinya kotak gear manual enam kelajuan dipadankan untuk GR Corolla.

Walau pun tiada maklumat tambahan mengenai model konsep rali GR Corolla ini, mungkin mudah untuk kita mengagak hasrat dan niat Toyota bagaimana perancangan mereka selepas ini. Dengan kitaran hayat jentera Toyota GR Yaris Rally1 bakal tamat pada tahun hadapan,mungkinkah ini model gantian jentera WRC mereka bagi menghadapi permulaan semula perlumbaan WRC 2027 nanti?

Kredit Foto : FB Toyota Gazoo Racing

BACA : TOYOTA GR YARIS RALLY2 BAKAL DIDEDAHKAN DI RALI JEPUN?

BACA : GR YARIS AP4 DIDEDAHKAN – INILAH DIA KERETA RALI YANG DINANTIKAN

Google ads

B K

"
"
Back to top button