Buletin

PESAING BYD SHARK, NISSAN DONGFENG Z9 DILANCARKAN DI CHINA – TAMPIL RANGGI, JANA 258HP

Nissan memperkenalkan model baharu, kali ini hasil usaha sama dengan Dongfeng, syarikat rakan kongsi di China.

Dinamakan Z9, trak pikap ini menonjol dengan reka bentuk menarik dan keupayaan teknikal yang mampu memberikan cabaran kepada pesaing dalam segmen ini.

Z9 mempunyai dimensi mengagumkan: panjang 5,520mm, lebar 1,960mm, tinggi 1,950mm, dan jarak roda 3,300mm.

Trak pikap dwi-kabin ini menampilkan reka bentuk moden yang menggabungkan elemen estetik dan praktikal tanpa kelihatan terlalu eksentrik seperti Kia Tasman.

Di bahagian depan, bar lampu besar dan lampu DRL berbentuk Z memberikan identiti tersendiri kepada Z9.

Rekaan gril terpisah dan bahagian bawah bampar dengan kemasan perak serta hitam pula menambah kesan premium.

Di dalam kabin, Z9 dilengkapi stereng dua jejari, panel instrumen digital kecil, dan paparan infotainmen besar di tengah papan pemuka.

Walaupun banyak kawalan diletakkan pada skrin sentuh, masih terdapat suis fizikal di bawah ventilasi udara untuk kemudahan pengguna.

Z9 menawarkan dua pilihan enjin konvensional:

  • 2.0 liter turbo dengan 258hp.
  • 2.3 liter turbodiesel dengan 190hp.

Kedua-dua varian ini dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan.

Versi hibrid yang sedang dibangunkan dijangka menghasilkan 435hp dan tork 800Nm, dengan jarak perjalanan sehingga 1,100km berdasarkan piawaian NEDC.

Pengeluaran Nissan Dongfeng Z9 telah bermula awal bulan ini di China dan trak ini dirancang untuk bersaing dengan model popular seperti BYD Shark.

Google ads
"
"
Back to top button