Buletin

GUS BURTON – REMAJA YANG BERLUMBA UNTUK KUMPUL DANA KEBAJIKAN

Usia 15 tahun boleh dianggap sebagai betul-betul tengah menaik. Sama ada ke arah kebaikan, atau yang sebaliknya. Gus Burton, seorang remaja yang berusia 15 tahun memilih untuk menjadi baik. Memiliki hati yang boleh dianggap mulia barangkali.

BACA : CLIO RENAULT SPORT KINI DENGAN PILIHAN BLACK EDITION – DARI RM 115K SAHAJA

BACA : REMAJA 16 TAHUN INI BAKAL BERLUMBA DALAM RENAULT UK CLIO CUP

Gus Burton yang bakal bersaing dalam Clio Cup Junior memilih untuk menggunakan sumber penajaan yang diraih bagi disumbangkan kepada Sparkle Foundation, sebuah badan kebajikan yang bagi membantu anak-anak di Malawi. Malawi ni terletak di mana sebenarnya?

Macam pernah nampak? Iya, kalau anda biasa mengisi borang atas talian, sewaktu memilih nama negera, Malawi ini sebenarnya terletak selang sebaris sahaja dengan nama Malaysia. Nampak?

Musim lalu, beliau gagal dalam persaingan merebut kejuaraan sulung  Clio Cup Junior dek kerana mengalami patah tangan akibat bermain ragbi.

Tetapi bagi musim 2018 ini, Gus Burton telah mengumumkan yang beliau bakal menyertai pasukan yang bukan calang-calang dalam persaingan Clio Cup,  Team Pyro.

Menurut Gus Burton, penuntut di Felsted School yang bakal mengambil PT3 hujung tahun nanti berkata, “Kami menyasarkan untuk mengumpul  £15,000 (RM81,861) dan setiap sen yang diperolehi akan didermakan kepada Sparkle Foundation. Malah jentera saya turut dinamakan sebagai Sparkle Car. Duit tersebut akan diserahkan bagi kegunaan komuniti setempat yang dapat membantu ramai anak yatim, anak yang kekurangan zat, pendidikan serta bekalan perubatan”.

Beliau berkata lagi, “Saya yakin mampu mencabar kejuaraan untuk musim 2018. Saya juga memandang ke hadapan untuk bekerja sama dengan Pyro, yang mana mereka banyak menghasilkan jentera Renault yang mampu muncul juara dan saya berharap saya adalah juara seterusnya. Saya juga berharap mampu menyertai kategori senior dengan mereka pada musim 2019”.

Mark Hunt selaku Prinsipal pasukan Pyro yang berpangkalan di Leicester ini turut teruja dengan penyertaan Gus Burton, memandangkan beliau seorang muda tetapi cukup matang. Beliau juga berharap Gus Burton mampu menjadi pencabar kejuaraan.

Untuk makluman tambahan, perlumbaan UK Clip Cup Junior adalah perlumbaan khusus untuk berusia lingkungan 14 – 17 tahun. Malah jentera yang mereka guna sebenarnya hampir menyamai spesifikasi dengan jentera kategori senior.

Bezanya cuma penggunaan lima kotak gear dan mempunyai limitasi kelajuan. Tayar pun jenis kegunaan jalanraya sahaja, bukannya jenis slicks.

 

Google ads
Back to top button