Buletin

TOYOTA AVANZA 1.5X SUDAH BOLEH DITEMPAH – BERMULA RM82,700

UMW Toyota Motor bakal memperkenalkan Toyota Avanza 1.5X tidak lama lagi dengan penampilan yang lebih ranggi dan menarik.

Varian terbaru itu sudah dibuka untuk tempahan bermula 5 Februari 2018 dengan harga bermula RM82,700 (tidak termasuk insurans, untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia).

Toyota Avanza 1.5X didatangkan dengan bampar depan dan belakang baharu bersama kemasan  kemasan hitam dan perak. Kemasan tambahan juga dipasang pada arca roda.

Pelekap bahagian sisi menyumbang kepada imej segar yang ingin dibawa. Selain memberi perlindungan kepada cat.  Gabungan reflektor pada bahagian belakang pula disepadukan dengan lampu, memberikan sentuhan yang lebih bergaya.

Turut ditawarkan sebagai aksesori pilihan ialah hiasan pada bumbung serta rim aloi 16-inci dengan rekaan unik. Kedua-duanya akan memberi kelainan kepada penampilan keseluruhan Avanza 1.5X.

Varian terbaru ini masih kekal sebagai sebuah kenderaan MPV untuk kegunaan keluarga. Ia mampu membawa sehingga tujuh orang penumpang dengan tiga barisan tempat duduk. Untuk memudahkan urusan membawa penumpang atau barang, tempat duduk barisan kedua dan ketiga dibahagi kepada dua seksyen sekata yang boleh dilipat untuk mendapatkan ruang kargo tambahan jika perlu.

Selebihnya, tumpuan diberikan untuk memastikan keselesaan penumpang. Pada  masa yang sama memberikan pengalaman yang menyenangkan kepada semua penumpang ketika berada di dalam kabinnya.

Corong pendingin hawa pada bahagian siling memastikan udara sejuk dapat dinikmati oleh penumpang di barisan ketiga.

Pelanggan yang ingin menaiktaraf sistem infotainmen boleh berbuat demikian dengan memilih sistem DVD-AVX atau DVD-AVN. Kedua-duanya hadir dengan skrin sentuh yang lengkap dengan paparan kamera undur.

Bagi unit DVD-AVN, ia dilengkapi pelayar internet (memerlukan sambungan WiFi dari pengguna) dan sistem navigasi GPS.

Semua varian Avanza termasuk 1.5X hadir dengan ciri-ciri keselamatan terbaik. Terdapat dua beg udara di bahagian depan, setiap tujuh tempat duduk dipasangkan dengan tali keledar 3-poin serta dua cagak ISOFIX pada barisan kedua untuk membolehkan pengguna memasang kerusi keselamatan kanak-kanak.

Semua model Toyota kini datang dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan untuk pengalaman pemilikan terbaik kepada pengguna. Jaminan berkenaan sah untuk pemilik seterusnya, selagi ia masih dalam tempoh lima tahun jaminan. Ini memberikan nilai tambah kepada kenderaan tersebut.

Avanza 1.5X mula dipamerkan pada 24 Februari dalam acara Toyota Weekender di semua bilik pameran Toyota yang mengambil bahagian. Maklumat lanjut, sila layari laman web: toyota.com.my

Google ads
Back to top button