Buletin

KALAU DAH NAMA MURCIELAGO, ROSAK MACAM NI PUN MASIH ADA ORANG BELI

Gila orang ni ada bermacam-macam jenis. Terbaharu, seorang lelaki membeli rangka sebuah Lamborghini Murcielago yang sudah hangus terbakar pada harga A$1,200 (RM4,750).

Sekali pandang, ia tidak lebih daripada besi sekerap yang tidak berguna. Namun ia tidak menghalang 4Chan untuk membelinya.

“Di sebalik apa yang anda nampak, pada pandangan saya kereta ini agak positif. Ia kelihatan tidak terlalu teruk sebagaimana yang saya bayangkan. Kebakaran memusnahkan sepenuhnya bahagian kabin.

“Manakala kerangkanya sedikit rosak apabila ia ditunda. Tetapi semua ini tidak sukar untuk dibaiki,” kata 4Chan.  

Walaupun kebanyakan kita mungkin beranggapan kereta ini sudah tiada harapan untuk dibaik pulih, tetapi 4Chan bertegas dia boleh membaikinya.

Bila projek ini akan siap, tiada siapa yang tahu…

Google ads
Back to top button