REMAJA 16 TAHUN INI BAKAL BERLUMBA DALAM RENAULT UK CLIO CUP
Dalam dunia perlumbaan, bermula pada usia yang muda sangat penting dalam menentukan karier masa depan seorang itu. Pelumba perlu bermula seawal yang boleh supaya pada usia 20 an nanti mereka sudah mampu dan layak serta ‘dipancing’ untuk bersaing di peringkat antarabangsa seperti Formula 1 atau rali dunia.
Ini pula kisah Bradley Burns yang berusia 16 tahun dan bakal menjadi pelumba kedua termuda dalam Piala Renault Clio UK. Burns akan bermula pada pusingan perlumbaan di Rockingham dari 26 hingga 27 Ogos depan.
Sebelum itu, hari lahir Burns ialah 1 Ogos 1991 dan pada pusingan perlumbaan nanti beliau berusia 16 tahun dan 25 hari.
Burns sudah biasa berlumba di mana sebelum ini beliau telah bersaing dalam kategori Junior Ford Fiesta. Lebih menarik, Burns akan menyertai pasukan yang sedang mendahului Clio Cup iaitu Pasukan Pyro. Penyertaan Burns turut disokong dan ditaja oleh syarikat pengiklanan luar iaitu Talod Outdoor.
Pada tahun 2003, Tom Onslow-Cole adalah pelumba termuda yang menyertai kejuaraan itu. Beliau berusia 16 tahun 23 hari dan pada usia 19 tahun telah berjaya menjadi juara UK Clio Cup!
BACA: PAKATAN RENAULT-NISSAN KINI PENGELUAR KENDERAAN TERBESAR DI DUNIA
BACA: SEJARAH : JOM KENALI RENAULT