Buletin

HAFIZH SYAHRIN SERTAI PELUMBA VIOS CHALLENGE DI SEPANG S1K MINGGU INI!

Pernah terfikir di mana kesinambungan perlumbaan Toyota Vios Challenge anjuran Gazoo Racing? – Ini salah satunya, mereka akan serta pelumbaan endurance Sepang 1000 pada hujung minggu ini.

Acara perlumbaan yang akan berlangsung selama sembilan jam dengan 181 pusingan itu bakal menyaksikan penyertaan 10 jentara lumba Vios Challenge, diterajui oleh Ketua Pegawai Sukan Permotoran UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Beliau akan mengetuai barisan pelumba pasukan Toyota Gazoo Racing Malaysia bersama pelumba kategori Super Sporting, William Ho dan rakan pemandu dari Jepun, Akira Iida, yang pernah menamatkan saingan Le Mans 24-hour sebanyak enam kali.

Perlumbaan pada hujung minggu ini juga akan menyaksikan penglibatan pasukan WingHin Motorsports dengan dua buah Vios termasuk yang dipandu oleh juara kategori Super Sporting musim kedua, Boy Wong dan pemandu kategori Super Sporting, Dannies Ng.

HAFIZH SYAHRIN TURUT SERTA

Kereta Vios lain yang menyertai termasuk dua buah kereta daripada pasulan HI REV Dream Chaser yang dipandu oleh penunggang Malaysian MotoGP, Hafizh Syarin serta Alister Yoong dan pemandu TGR Vios Challenge, Bradly Benedict Anthony. Manakala kereta kedua pula dipandu oleh dua pemandu wanita, Siti Shahkirah Shaharul dan Angeline Lee.

Pasukan 23 Motors pula menyediakan tiga buah Toyota Vios yang dipandu oleh pemandu TGR Ahmad Tarmimi Tahang dan Mirza Syahmi. Bersama-sama pasukan mereka adalah pelakon/pelawak Sharnaaz Ahmad, Zizan Razak, Shuib Sepathu, Shahmira Muhamad, Akid Azle dan pelumba Malaysia, Zen Low.

Selain itu, pasukan yang memandu Toyota Vios adalah Azli Mohamed Dali dan Shafiq Shairul Zamri mewakili BHP Racing, serta gandingan Kenneth Loh, Tan Wei Ming, Teong Chee How dan Yak Tze Yih bagi pasukan OD Racing; dan juga Soh Chee Kiat, Lin Zheng Liang dan Deric Teo mewakili St Wangan Racing Team.

Beberapa pemandu TGR lain juga akan turut serta di dalam perlumbaan hujung minggu ini termasuklah juara kategori Super Sporting musim pertama, Tengku Djan Ley, Hayden Haikal serta Adam Khalid dan Freddie Ang.

Syafiq Ali juga akan memasuki litar sebagai peserta TGR yang paling berpengalaman di dalam S1K dengan tiga kali kemenangan sebelum ini. Sementara itu, pemandu kategori Super Sporting TGR, Kenny Lee kali ini akan menggalas tanggungjawab sebagai pengurus pasukan, dengan empat jentera lumba yang akan bersaing.

Turut berlumba dalam acara berkenaan ialah pemandu TGR lain seperti Keifli Othman, Alif Hamdan, Leona Chin, pemenang kategori Sporting musim kedua Brendan Paul Anthony, Mark Darwin, Mirza Syahmi, Eddie Liew, Ahmad Tamimi Tahang dan Akina Teo.

“Sangat menarik untuk melihat ramai pemandu Vios Challenge terlibat sama di dalam perlumbaan S1K hujung minggu ini,” ujar Takeyama. “Untuk saya secara peribadi, ini merupakan kali pertama saya terlibat di dalam perlumbaan ketahanan jarak jauh dan ia tentunya akan menjadi sangat mencabar dan berbeza sama sekali daripada perlumbaan kepantasan di dalam Vios Challenge.

“Bagi Toyota, ia akan menjadi ujian endurans yang penting, begitu juga untuk menguji ketahanan, kemampuan dan prestasi Vios di dalam suasana yang kompetitif,” tambah beliau.

Kini dalam musim ketiga, TGR Festival dan Vios Challenge telah terbukti menjadi sebuah medan tarikan bagi pemandu untuk mengasah bakat dan meningkatkan kemahiran di dalam sukan perlumbaan.

“Ini dapat dilihat dengan penyertaan sulung pelumba seperti Hayden Haikal dan Bradley Benedict Anthony di dalam S1K. Kedua-dua mereka telah membuktikan keupayaan dan daya saing di dalam litar jalanan selepas menaik taraf daripada perlumbaan go-kart kepada kereta salon di dalam Vios Challenge,” tambah beliau.

Takeyama juga menjelaskan, walaupun Vios Challenge medan pembelajaran yang sukar bagi pemandu-pemandu Malaysia yang belum pernah terdedah kepada perlumbaan litar jalanan, cabaran berkenaan turut menyumbang kepada peningkatan drastik bagi kemahiran memandu, gerak naluri dan keyakinan pelumba.

Google ads
Back to top button