JUALAN JATUH BAWAH 1 JUTA UNIT SETAHUN, PUTIN ARAH KERAJAAN RUSIA KAWAL HARGA KERETA
Presiden Vladimir Putin menggesa kerajaan Rusia untuk mengawal harga kereta. Hal ini disebabkan oleh berlakunya sekatan Barat hingga menyebabkan jualan tahunan kereta bawah 1 juta buat kali pertama.
Menurut ketua pengeluar kereta terkemuka Rusia, Avtovaz, Maxim Sokolov, jualan kereta jatuh sebanyak 60 peratus dan mungkin akan berakhir dengan satu perempat berbanding sedekad lalu.
Antara punca utama penurunan ini adalah disebabkan oleh pembuat kereta asing seperti Renault dan Mercedes-Benz yang keluar dari Rusia.
Faktor lain juga memainkan peranan terhadap penurunan jualan. Antaranya kos sara hidup yang tinggi serta kesukaran mendapatkan komponen buatan asing selepas Rusia dikenakan sekatan oleh negara Barat.
Oleh itu, Putin mahu kerajaan menangani isu ini dengan mengambil langkah menjadikan kereta lebih mampu milik.
Menteri Perdagangan, Denis Manturov memberitahu Putin bahawa rangkaian pemasangan kereta domestik sedang dipertingkatkan termasuk Avtovaz.
Pengeluaran Moskvich (Muscovite), jenama kereta era Soviet juga akan disambung semula pada akhir bulan ini. Pinjaman serta subsidi dilihat akan membantu pengilang mengeluarkan 55,000 unit kenderaan pada tahun ini.
Manturov juga mencadangkan untuk memanjangkan pembiayaan kereta terutamanya kepada anggota tentera bagi memastikan pemulihan industri boleh dilakukan secara menyeluruh dalam menghadapi situasi seperti ini.
- BACA: KES KECURIAN KAMERA PERANGKAP KELAJUAN DI SWEDEN MENINGKAT. TENTERA RUSIA GUNA BUAT DRON?
- BACA: TIDAK SENSITIF DENGAN KESUSAHAN RAKYAT, 7 DITAHAN KERANA PAMER KERETA MEWAH DI RUSIA
- BACA: TIDAK BOLEH BELI KERETA BAHARU, PERMINTAAN KERETA TERPAKAI JEPUN MELONJAK DI RUSIA
- BACA: PELANCONG RUSIA DEDAH LOKASI PANGKALAN UDARA RUSIA DI CRIMEA