Buletin

HARGA KERETA PASARAN TERPAKAI MENINGKAT UNTUK 29 BULAN BERTURUT-TURUT DI UK

Bukan setakat di Malaysia, harga jualan kereta di pasaran terpakai sebenarnya turut meningkat di beberapa pasaran global.

Menurut data daripada Auto Trader Retail Price Index, purata harga jualan kenderaan terpakai meningkat sebanyak 15.6 peratus pada bulan Ogos berbanding Ogos 2021, serta meningkat sebanyak 0.3 peratus daripada bulan Julai 2022.

Ini sekaligus menandakan harga jualan kereta terpakai meningkat untuk bulan yang ke-29 berturut-turut.

Menariknya, jualan bagi kereta terpakai bagi suku kedua tahun ini turun 13 peratus berbanding tempoh yang sama tahun 2019, disebabkan oleh kekangan bekalan.

Harga jualan seperti model saiz kecil Peugeot 107 meningkat kepada £3,652 (RM18,976), naik 43.2 peratus berbanding harga yang dicatatkan pada bulan Ogos 2021, diikuti Fiat Punto (£4,802/RM24,926, naik 39.5 peratus), Renault Scenic (£7,501/RM38,936, naik 38.5 peratus) dan Toyota Prius (£15,388/RM79,955, naik 38 peratus).

Tidak semua kereta terpakai mengalami kenaikan harga.

Seperti contoh, nilai Audi SQ5 jatuh 4.4 peratus kepada £34,325 (RM178,214), Land Rover Discovery 4 turun 5.1 peratus kepada £20,085 (RM104,281), diikuti BMW 8 Series jatuh 7.4 peratus kepada £53,206 (RM276,244). – Carscoops

Google ads
Back to top button