,
Buletin

HARGA KERETA MITSUBISHI NAIK

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia mengumumkan peningkatan harga jualan kenderaanya bermula suku pertama 2016.

DSC01194

Perubahan harga berkenaan susulan kejatuhan nilai Ringgit. Situasi berkenaan telah memberi impak kepada kos keseluruhan kenderaan.

Pihak MMM menganggarkan kenaikan harga antara dua hingga tujuh peratus. Peningkatan itu bergantung kepada model.

Mitsubishi-Drive-Me-Eco- Deals!-Mekanika (8)

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO ) MMM, Yang Won-Chul bagaimanapun berkata pihaknya akan terus memberi tawaran dan promosi yang menarik buat pelanggan.

“Kami  komited untuk menawarkan rakyat Malaysia dengan pengalaman pemilikan kenderaan yang menyenangkan dan bernilai kepada wang,” katanya. Jelas Yang Won-Chul lagi, sekiranya matawang Ringgit kembali pulih, pihak MMM akan mengkaji semula harga jualan kenderaan Mitsubishi.

Untuk maklumat lanjut, layari  www.mitsubishi-motors.com.my.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button