
Buletin
HARGA MINYAK RON 97, RON 95 TURUN 3 SEN. DIESEL TURUN 6 SEN. 7 HINGGA 13 NOVEMBER 2020
Harga runcit petrol RON 97 dan RON 95 masing-masing turun 3 sen pada RM1.91 dan RM1.61 seliter, sementara harga runcit diesel turun 6 sen kepada RM1.68 seliter, untuk tempoh seminggu mulai, tengah malam ini.
Penetapan harga runcit petrol secara mingguan berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.