Buletin

TOYOTA TIADA RANCANGAN UNTUK HASILKAN GR YARIS CROSS

Sedia maklum, Toyota kini dalam proses mengembangkan barisan model GR (Gazoo Racing) menerusi lebih banyak model berprestasi tinggi.

Namun, Toyota memberi bayangan bahawa Yaris Cross mungkin tidak termasuk dalam senarai itu. Biarpun ia boleh menggunakan rangkaian kuasa yang sama dengan GR Yaris dan berkongsi banyak komponen dengan hot hatch berkenaan.    

Persoalan itu ditanya oleh media Australia sewaktu sesi prebiu Yaris Cross. “Setahu saya, Toyota tiada rancangan untuk menghasilkan GR Yaris Cross,” kata Ketua Pemasaran Toyota Australia, Sean Hanley.

“Tetapi, kami berbesar hati untuk membawa GR Yaris ke pasaran Australia bulan depan,” katanya lagi.

Jika dihasilkan, GR Yaris Cross yang menggunakan enjin tiga selinder 1.6 liter turbo berkuasa 261PS dan tork 360NM akan bersaing secara langsung dengan Hyundai Kona N dan Volkswagen T-Roc R

Di Jepun, GR Yaris dibekalkan dengan enjin lebih berkuasa iaitu 268hp dan tork 370Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke pacuan empat roda menerusi transmisi enam kelajuan manual.

Ini membolehkan GR Yaris memecut dari 0-100km/j dalam masa hanya 5.5 saat dengan kelajuan maksimum mencecah 230km/j.

Google ads
Back to top button