Buletin

HARGA RUNTUH VW – PASSAT RM115,888!

Sudah lama teringin hendak memiliki sebuah Volkswagen? Inilah masanya! Volkswagen kini sedang mengadakan jualan “Drop Everything” yang menawarkan potongan harga hebat.

Volkswagen-Drop-Everything-sales-2016-mekanika  (3)

Jika anda tidak kisah dengan tahun pengeluaran kenderaan, jualan yang melibatkan model-model seperti Passat, Jetta dan Polo ini memang tidak wajar dilepaskan.

Untuk menghabiskan stok tahun 2014 serta 2015 bagi memberi ruang kedatangan model baharu, Passat kini boleh anda miliki pada harga RM115,888 seunit.

Volkswagen-Drop-Everything-sales-2016-mekanika  (2)

Ia merupakan penjimatan sebanyak RM58,000 kerana Passat sebelum ini dijual pada harga RM173,000. Pastinya harga yang cukup berbaloi untuk sebuah sedan segmen D.

Jetta pula ditawarkan pada harga RM88,888 seunit. Asalnya, sedan ini dijual pada harga RM134,888 ini bermakna potongan sebanyak RM46,000!

Volkswagen-Drop-Everything-sales-2016-mekanika  (5)

Model kompak Polo boleh anda miliki pada harga RM69,888 seunit selepas potongan sebanyak RM20,000 berbanding RM89,888 seunit sebelum ini.

Menarik juga bukan?

Google ads
Back to top button