
SUBARU IMPREZA 2017
Selepas perincian modular platform sebelum ini, Subaru semakin hampir ke arah model produksi, Impreza 2017.
Model Subaru Impreza 2017 bakal melakukan debut pada New York Auto Show. Model berkenaan akan menerima penambahbaikan pada bahagian luar dan dalaman bersama peningkatan teknologi.
Model itu akan tampil dalam bentuk sedan dan hatchback. Seiring dengan platform yang direka semula. Platform itu dijangka digunakan pada semua model Subaru akan datang. Ini menyasarkan penambahbaikan penghalusan, titik graviti tengah lebih rendah dan meningkatkan ketegarannya.
Subaru Impreza 2017 memiliki badan lebih gagah. Lampu hadapan elegan dengan paduan gril sporty. Impreza 2017 Impreza pastinya menampilkan enjin boxer dan pacuan semua roda sebagai ciri standard.