Buletin

KEMPEN K SURPRISE SERIES KIA – BONUS SEHINGGA RM15,888

Naza Kia Malaysia hari ini melancarkan kempen ‘K Surprise Series’ yang melibatkan model Kia Rio Sedan K2, Kia Cerato K3 dan Kia Optima K5.

12660_K Series_Website Slider_1280Wx524hpx

Untuk tempoh terhad, anda boleh menikmati bonus sehingga RM15,888 dan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun atau 60,000km untuk alat ganti serta kos buruh ke atas model-model terpilih.

Kia Rio K2 ditawarkan pada harga bermula RM72,888 seunit dan Cerato K3 berharga RM91,888. Manakala Kia Optima K5 boleh anda miliki pada harga RM150,888.

Pelanggan yang memandu uji model-model Kia juga diberi ganjaran. Mereka berpeluang untuk memenangi tiket ke pertandingan bola sepak Euro 2016 menerusi peraduan ‘Kia Lucky Drive to France’.

Kia-Surprise-K-Series-mekanika (2)

Mereka juga akan menerima satu kupon cabutan bertuah dan layak secara automatik untuk menyertai peraduan tersebut. Pemenang bakal diumumkan pada Mei 2016.

Selamat mencuba!

Google ads
Back to top button