BuletinMotosikal

HLYM PERKENAL YAMAHA NVX EDISI MOTOGP

Hong Leong Yamaha hari ini mengumumkan penambahan varian varu untuk model skuter terbaru mereka NVX. Dalam satu siaran akhbar hari ini, HLYM memperkenalkan edisi MotoGP 2017.

Berbeza dengan versi biasa yang dijual pada harga RM10,500, edisi MotoGP ini berharga RM600 lebih tinggi. Jika anda biasa dengan livery GP sejak dari zaman Yamaha LC135 ini, ia adalah versi khusus dengan jumlah pengeluaran terhad yang diletak lebih premium berbanding produk massa yang lain.

Ia akan mula berada di pasaran pada minggu hadapan.

NVX merupakan skuter moden yang dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik, antaranya ialah sistem penghidup tanpa kunci (keyless) dan paparan LCD pada instrumen 5.6 inci dengan pelbagai info.

NVX juga dipasangkan dengan tayar yang lebih lebar – 140/14, antara yang terbesar dalam kategorinya. Tangki bahanapinya berkapasiti 4.6 liter sementara lampu utama dan belakangnya menggunakan LED sepenuhnya. Ini sekaligus menjadikannya sebagai varian tertinggi yang diperkenalkan di negara ini

Ia juga merupakan motosikal pertama Yamaha Malaysia yang mendapat pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV)

Berikut ialah ciri-ciri NVX

1) Didatangkan dengan lampu depan dan belakang LED.
2) Brek depan besar dilengkapi dengan system ABS.
3) Fork depan lebih besar bersaiz 26mm untuk tunggangan lebih mantap.
4) Ruang simpanan di bawah pelana bersaiz 25 liter yang boleh memuatkan dua helmet.
5) Ruang simpanan mini bersama soket elektrik untuk mengecas telefon.
6) Dilengkapi skrin LCD 5.8 inci.
7) Sistem kunci pintar (keyless) dengan immobilizer
8) Didatangkan dengan Sistem Start\Stop yang membantu kecekapan bahan api. Sistem ini akan mematikan enjin secara automatik apabila motosikal berhenti.
9) Pemegang belakang bersepadu menjadikan reka bentuk lebih moden dan dinamik.
10) Tayar tubeless bersaiz 110/80-14 di depan dan 140/70-14 di belakang.
11) Tempat penutup tangki minyak tertutup rapi dengan cirri keselamatan.

GALERI

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”126″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”0″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]
Google ads
Back to top button