Motosikal

RASMI:  YAMAHA XSR155 AKHIRYA TIBA DI MALAYSIA –  RM12,998

Peminat Yamaha XSR155 akhirnya menerima berita gembira selepas motosikal gaya retro itu akhirnya dirasmikan di Karnival GenBlu Yamaha dengan harga jualan RM12,998.

Untuk pengetahuan, XSR155 telah pun diperkenalkan di pasaran Thailand pada Ogos 2019. Ini bermakna, selepas tujuh tahun penantian, akhirnya model pertama dari keluarga XSR itu telah pun selamat dilancarkan di Malaysia. 

Menggerakkan XSR155 adalah enjin 155cc SOHC dengan VVA yang sama terdapat pada Y16ZR dan berupaya menghasilkan 18.6hp pada 10,000rpm dan 14.4Nm pada 8,500rpm. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk fork teleskopik di hadapan dan cakera brek depan dan belakang yang dipadankan dengan ABS dual-channel.

Untuk rekod, dalam keluarga 155cc Yamaha, XSR155 merupakan model dengan tangki terbesar setakat ini dengan kapasiti 10L. Selain itu, model ini turut dilengkapi dengan klac assist/slipper. 

Turut melengkapkan XSR155 adalah lampu LED depan dan belakang, meter digital LCD, tempat duduk ‘heritage style seat’ dan tangki jenis tear drop. 

Bagi pasaran tempatam, XSR155 hadir dengan tiga warna, Malar Hijau, Perak Klasik dan Royale Hitam. 

Google ads
Back to top button