
TERKINI: YAMAHA YZF-R9 AKAN LANCAR DI MOTOGP MALAYSIA
Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah pun selesai mengdakan Karnival Gen Blu Yamaha yang menyaksikan tiga model baharu diperkenalkan.
Tiga model baharu itu melibatkan Y16ZR generasi terbaru yang terbahagia kepada varian standard dan Pramac Edition, XMAX 300 dan XSR155.
Bagaimanapun, HLYM bakal bakal menghadirkan lagi berita gembira kali ini menerusi pelancaran YZF-R9 yang dijadualkan akan diperkenalkan secara rasmi pada minggu MotoGP Malaysia.

Perkara itu disampaikan menerusi video teaser yang disiarkan pada penghujung video rangkuman Karnival Gen Blu Yamaha terbaru.
Pelancaran R9 sudah pun dijangka lebih awal dan kami telah pun menerbitkan artikel yang menyebut tentang model itu pada Februari lalu.
Atas kertas, Yamaha R9 dikuasakan platform tiga silinder 890cc CP3 yang diambil dari MT-09 namun dipadankan dengan tetapan ECU berbeza dengan ‘gearing’ lebih tinggi; 16/45 berbanding 16/43 pada MT-09. Kuasa disalurkan masih sama dengan 118hp pada 10,000rpm dan 93Nm pada 7,000rpm.

Antara kelengkapan yang mengagumkan terdapat pada R9 terarah kepada pakej elektronik. Ini kerana Yamaha telah melengkapkan R9 dengan segala teknologi yang ada antaranya:
- 3 mod menunggang; Sport, Street dan Rain + 2 mod Kustom dan 4 mod Track
6-axis IMU menawarkan traction control, slide control, brake control - 4 mod kuasa
- lift control
- launch control







