Buletin

HLYM PERKENALKAN YZF-R15M DENGAN LIVERI MONSTER ENERGY – HARGA BERMULA RM14,998

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) mengumumkan bahawa jentera Yamaha YZF-R15M kini tampil dengan liveri Monster Energy Baharu.

Yamaha YZF-R15M dengan padanan liveri baharu ini hanya tersedia dalam jumlah terhad iaitu 600 unit sahaja.

Dari segi spesifikasi, ia masih dikuasakan enjin satu silinder 155cc SOHC dengan Variable Valve Actuation (VVA), menghasilkan 19hp pada 10,000rpm dan 14.7Nm pada 8,500rpm.

Untuk harga, Yamaha YZF-R15M boleh dimilliki pada harga bermula RM14,998.00, tidak termasuk cukai jalan serta insurans.

Selain itu, pemilik baharu Yamaha YZF-R15M bakal menerima kunci cakera keselamatan bernilai RM100 bagi setiap pembelian.

Google ads
Back to top button