
AKIO TOYODA BUAT ‘PERMINTAAN RASMI’ HIDUPKAN SEMULA CELICA
Akio Toyoda baru-baru ini mendedahkan kepada Toyota Times bahawa beliau berusaha keras untuk memperkenalkan Celica serba baharu.
Bekas ketua eksekutif itu telah cuba menghidupkan semula Celica sejak sekian lama, dan sebelum ini, beliau juga menjemput juara WRC empat kali Juha Kankkunen ke acara rali Jepun.
Untuk rekod, Kankkunen memenangi kejuaraan 1993 menerusi Celica WRC, bahkan Toyoda dengan mesra menggelarnya sebagai “Mr. Celica.”

Menurut temu bual itu, Toyoda bagaimanapun tidak pasti sama ada Toyota akan membina kereta itu. Menurutnya “Anda perlu bertanya kepada Toyota Motor tentang itu. Saya bukan di pihak eksekutif.”
Tambah beliau lagi, “Saya telah membuat permintaan, tetapi saya tidak tahu nama apa yang akan dikeluarkan.”
“Toyota mempunyai tiga buah kereta berprestasi, GR Supra, GR86 dan GR Corolla. Untuk menambah yang keempat adalah satu cadangan menarik, bukan?” ujarnya.








