
CONTINENTAL TYRES LANCAR SPORTCONTACT7 – DIPADANKAN DENGAN TEKNOLOGI TERKINI
Continental Tyres secara rasmi melancarkan tayar perdana Prestasi Tinggi Ultra Ultra (UUHP) iaitu SportContact 7.
Menurutnya, tayar ini dihasilkan untuk mencorakkan semula standard kriteria prestasi selain, memberikan pemanduan lebih baik sama ada di atas jalan raya atau trek.
SportContact 7 baharu menampilkan siri teknologi terkini seperti corak mudah suai yang dinaik taraf, untuk memberikan cengkaman tambahan di atas permukaan asfalt.

Selain itu, pembangunan terkini turut merangkumi ciri Force Clustering serta teknologi BlackChili, bagi memastikan tahap kepuasan pemanduan yang lebih mantap.
Tambahan, SportContact 7 mampu memberikan cengkaman luar biasa dalam keadaan basah semasa membrek atau memecut dan ketika membelok di selekoh.
Bukan itu sahaja, SportContact 7 juga merupakan tayar Continental pertama diperbuat secara khusus untuk setiap kelas serta berat kenderaan.

Untuk rekod, SportContact 7 telah menerima pengiktirafan dalam pelbagai anugerah daripada pakar penilaian tayar di Eropah, merangkumi Evo, AutoBild, Sport Auto, AutoExpress, WhatTyre dan Tyre Reviews.
Tayar baharu ini boleh dimiliki di seluruh Malaysia dan tersedia dalam saiz 18-inci hingga 23-inci. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.continental-tyres.com.my
- BACA: BENTLEY CONTINENTAL GT LE MANS – EDISI ISTIMEWA BERSEMPENA DENGAN KEMENANGAN DI GT LE MANS
- BACA: BELI TAYAR CONTINENTAL, DAPAT WARANTI TAMBAHAN DAN BAUCAR E-WALLET SEHINGGA RM200
- BACA: CONTINENTAL COMFORTCONTACT CC7 KINI DI MALAYSIA – TEKNOLOGI COMFORT+, LEBIH SENYAP
- BACA: TAYAR CONTINENTAL BAKAL GUNA 100 PERATUS BAHAN LESTARI, KITAR SEMULA