Advertorial

DI ANTARA LEGASI DAN EVOLUSI TEKNOLOGI: TOYOTA ALPHARD 2.4 TURBO VS GWM WEY G9

Dalam dunia MPV mewah di Malaysia, nama Toyota Alphard bukanlah sesuatu yang asing. Sejak sekian lama, model ini menjadi simbol keselesaan, status dan pengalaman premium yang sukar ditandingi dalam pengalaman pemanduan mewah untuk pemilik.

Namun dengan landskap automotif global sedang berubah dengan pantas dan kemunculan model baharu seperti GWM WEY G9, ia mula membuka satu dimensi yang berbeza dan bukan menawarkan sekadar alternatif, tetapi satu definisi baru MPV mewah dalam era moden.

Melihat kepada kedua-dua model MPV mewah ini, jelas bahawa ia dihasilkan dengan dua pendekatan berbeza dengan Alphard menawarkan reputasi dan pengalaman manakala GWM WEY G9 dibina di atas teknologi dan inovasi terkini.

Dari sudut harga, kedua-dua MPV berada dalam julat yang hampir sama sekitar RM 300,000 dengan WEY G9 hadir sebagai model baharu dengan pakej lengkap terus dari kilang, manakala Alphard dalam lingkungan harga ini kebiasaannya merupakan unit recond.

Sebaliknya, GWM WEY G9 Hi4 PHEV ditawarkan sebagai model pemasangan tempatan (CKD) dengan konfigurasi pemanduan sebelah kanan (RHD), lengkap dengan jaminan pengeluar.

Walaupun isu ini bukan sesuatu yang asing dalam pasaran tempatan, ia secara tidak langsung meletakkan GWM WEY G9 dalam kedudukan yang lebih menarik dengan menawarkan pengalaman sebagai pemilik pertama dengan sokongan jaminan penuh dan kos pemilikan yang lebih terkawal, termasuk kadar cukai jalan yang lebih rendah hasil penggunaan enjin bersesaran kecil.

Apabila menyentuh soal prestasi, perbezaan antara kedua-duanya menjadi lebih jelas berbeza. Alphard menawarkan pemanduan yang lancar dan santai, sesuai dengan karakter sebuah MPV tradisional yang menekankan keselesaan perjalanan.

Namun, GWM WEY G9 membawa pendekatan yang lebih progresif dan moden.

Ia menggunakan sistem Hi4 Plug‑in Hybrid (PHEV) yang menggabungkan:

●        Enjin 1.5L turbo empat silinder

●        Dua motor elektrik (hadapan dan belakang)

●        Transmisi khas 4‑speed DHT (Dedicated Hybrid Transmission)

●        Sistem pacuan AWD pintar elektronik

Hasilnya ialah output gabungan 325 kW (442 PS) dan 642 Nm tork, angka yang jauh melangkaui apa yang menjadi kebiasaan dalam segmen MPV. Pecutan 0–100 km/j dibuat dalam masa sekitar 5.7 saat meletakkan WEY G9 hampir setaraf dengan SUV prestasi tinggi, sesuatu yang sebelum ini sukar dibayangkan untuk MPV bersaiz besar.

Apa yang menarik ialah kelebihan ini tidak semestinya diterjemahkan kepada pemanduan yang agresif. Sebaliknya dalam pemanduan bandar, G9 boleh bergerak dalam mod elektrik sepenuhnya, memberikan pengalaman yang senyap dan lebih menjimatkan. Ini secara tidak langsung menunjukkan bagaimana teknologi moden mampu meningkatkan keselesaan tanpa mengorbankan kecekapan tenaga.

Dalam penggunaan di bandar, WEY G9 boleh bergerak dalam mod elektrik sepenuhnya dengan jarak sehingga 170 km (NEDC), memberikan pemanduan yang senyap dan sangat santai.

Secara rasmi, penggunaan bahan api NEDC dicatatkan sekitar 1.2 L/100 km, dengan jarak gabungan mencecah 1000 km lebih apabila bateri dan tangki bahan api digunakan sepenuhnya. Walaupun angka sebenar di dunia nyata bergantung pada corak pemanduan, kelebihan sistem ini jelas memberi fleksibiliti, sama ada untuk kegunaan harian atau perjalanan jauh.

Bateri ternary lithium berkapasiti 44.2 kWh pula menyokong pengecasan DC sehingga 60 kW (30–80% sekitar 26 minit) dan AC 6.6 kW untuk pengecasan di rumah.

Dari sudut teknologi, jurang generasi antara kedua-dua model ini dapat dirasai dengan lebih ketara. Toyota Alphard mengekalkan pendekatan yang lebih matang dan mudah digunakan, sesuatu yang sememangnya menjadi kekuatan Toyota sejak dahulu.

Namun dalam masa yang sama, GWM WEY G9 memperkenalkan pelbagai ciri yang lebih selari dengan kehendak pengguna masa kini meliputi

●        Adaptive Cruise Control pintar dengan bantuan trafik

●        Sistem brek kecemasan autonomi termasuk di persimpangan

●        Bantuan kekal lorong, penukaran lorong dan elakan pintar

●        Kamera 360 darjah dengan fungsi casis lutsinar

●        Parkir automatik bersepadu

Keselamatan pasif turut diberi perhatian serius dengan rangka badan berasaskan lebih 83% keluli berkekuatan tinggi, tiang A dan B sehingga berkekuatan 2000 MPa, serta beg udara sisi tirai sepanjang lebih tiga meter yang meliputi ketiga-tiga barisan tempat duduk.

Pendek kata, jika Alphard menawarkan teknologi yang stabil dan terbukti, G9 pula bergerak ke arah mana industri automotif sedang bergerak ke arah masa depan dengan teknologi yang lebih canggih.

Dalam aspek keselesaan, Toyota Alphard masih mengekalkan reputasinya sebagai salah satu MPV paling selesa di jalan raya. Suspensinya yang lembut dan kabin yang senyap menjadikannya pilihan yang sangat sesuai untuk perjalanan jauh.

Namun begitu, GWM WEY G9 tidak sekadar mengejar tahap keselesaan yang sama, malah cuba melangkah lebih jauh dengan pendekatan yang lebih kontemporari seperti:

●        Tempat duduk baris kedua jenis zero-gravity dengan pengudaraan dan urutan 10 titik

●        Balutan Nappa leather

●        Peti sejuk pintar 12.5 liter dengan fungsi penyejukan, pemanasan dan ruang simpanan segar

●        Kabin tujuh tempat duduk dengan fleksibiliti ruang kargo sehingga 1,725 liter

Ruang dalaman juga menunjukkan perbezaan falsafah antara kedua-duanya. Jika Toyota Alphard kekal dengan susun atur yang sudah terbukti praktikal, GWM WEY G9 pula tampil dengan penyelesaian yang lebih fleksibel, termasuk ruang simpanan tambahan dan konfigurasi yang lebih mesra penggunaan harian keluarga moden.

Ciri tambahan seperti sistem bunyi 21 pembesar suara, pencahayaan kabin 64 warna, pembatalan hingar aktif, serta paparan digital dan HUD menekankan pendekatan teknologi tinggi yang menjadi teras kepada identiti WEY G9.

Bagi menentukan model mana yang sesuai dengan kehendak pengguna, faktor utama ialah dengan melihat kembali keutamaan pengguna. Toyota Alphard membawa bersama nilai tradisi, reputasi dan imej yang telah lama terbina. Ia adalah pilihan yang selamat, dikenali, dan diyakini ramai.

Namun dalam landskap automotif yang semakin berubah dan bergerak secara agresif ke arah teknologi baru dan kecekapan tenaga, kehadiran model seperti WEY G9 menunjukkan bahawa definisi premium itu sendiri sedang berevolusi dengan pantas

Gabungan teknologi, prestasi dan nilai yang ditawarkan, GWM WEY G9 memberikan satu perspektif baharu iaitu kemewahan hari ini bukan sahaja tentang keselesaan, tetapi juga tentang kecekapan, inovasi dan pengalaman yang lebih menyeluruh.

Untuk mengukuhkan lagi nilai pemilikan, GWM WEY G9 Hi4 PHEV ditawarkan dengan pakej jaminan dan sokongan selepas jualan yang menyeluruh, sejajar dengan kedudukannya sebagai MPV premium berteknologi PHEV yang meliputi:

●        6 tahun tanpa had perbatuan

●        8 tahun atau 180,000 km, meliputi pek bateri, motor elektrik dan unit kawalan

●        5 tahun penyelenggaraan percuma

●        5 tahun connected services percuma untuk fungsi aplikasi dan pemantauan kenderaan

●        Pengecas dinding rumah percuma disertakan bagi setiap pembelian

●        Skrin hiburan baris kedua percuma untuk 1,000 pembeli pertama

Google ads
Back to top button