
HONDA CR-Z TERBABAS: LAPORAN POLIS DIBUAT, KANTOI BERLUMBA DI GENTING HIGHLANDS
Seorang pemandu Honda CR-Z yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini telah membuat laporan polis mendakwa kenderaannya terbabas.
Namun, situasi menjadi lebih menarik apabila satu rakaman video yang tersebar di TikTok menunjukkan sebaliknya – insiden itu berlaku ketika dia sedang berlumba di jalan raya.
Video yang tular itu memperlihatkan dua buah kereta sedang berlumba sebelum salah satu daripadanya hilang kawalan dan terbabas.
Tindakan pemandu yang cuba membuat laporan seolah-olah kemalangan itu berlaku secara tidak disengajakan kini mengundang perhatian netizen.

Susulan pendedahan tersebut, ramai mengecam tindakan pemandu terbabit kerana cuba menyembunyikan fakta sebenar.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd. Kahar berkata, polis menerima laporan pada pukul 11.05 pagi semalam daripada pemandu kereta berkenaan berumur 27 tahun memaklumkan kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas di Kilometer 14.7 jalan menghala ke Genting Highlands.
“Pihak polis daripada bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik Ibu Pejabat polis Daerah (IPD) Bentong telah menghubungi pemandu berkenaan untuk tampil memberi keterangan.
“Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya di Bentong hari ini. – Funtasticko
- BACA: MG IM6 BAKAL MASUK PASARAN THAILAND MAC INI – TAWAR DUA VARIAN, JARAK GERAK HINGGA 802KM
- BACA: CHERY MALAYSIA DAN LEGENDA BERINGIN METERAI PERJANJIAN, CHERY SMART AUTO INDUSTRIAL PARK DIMULAKAN
- BACA: FORD RAPTOR REV PUKAU PEMILIK DAN PEMINAT
- BACA: GAJI RM2,500 TAPI SELERA BESAR, PAKAI KERETA EV BYD SEAL