FORD RAPTOR REV PUKAU PEMILIK DAN PEMINAT
Sime Darby Auto ConneXion-Ford (Auto ConneXion) selaku pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia, baru-baru ini telah melancarkan acara Ford Raptor Rev, sebuah acara off-road perdana di Malaysia yang bertempat di Bay 13, Litar Sepang.
Acara yang penuh aksi ini berlangsung selama dua hari pada 22 dan 23 Februari, direka untuk memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada pemilik Ford Ranger Raptor serta peminat off-road.
Melalui sesi bengkel penerangan dan sesi latihan off-road dengan bimbingan jurulatih, acara ini mendapat sambutan sangat menggalakkan dengan penyertaan seramai 80 pemilik Ranger Raptor serta menarik minat ramai orang awam yang ingin menyaksikan sendiri kemampuan Raptor secara langsung.

Pemilik Ranger Raptor yang mendaftar untuk menyertai acara eksklusif ini telah terlibat dalam beberapa sesi bengkel dan latihan – meliputi lompatan dan off-road drifting, laluan berhalangan 4×4 serta pusingan Baja.
Seorang pakar dari Ford, Chris Dean juga dibawakan khas dari Australia untuk acara ini. Beliau mengadakan latihan mendalam untuk mengenali kemampuan sebenar sistem suspensi FOX Ranger Raptor.
Sesi bengkel berkenaan bertujuan untuk memberikan pemahaman lebih mendalam tentang bagaimana suspensi yang diilhamkan oleh Baja ini direka untuk kecemerlangan dalam persekitaran off-road, terutamanya ketika pemanduan laju di atas permukaan mencabar.

Raptor Rev bukan hanya untuk pemilik Raptor sahaja — ia adalah hari yang menyeronokkan untuk semua.
Orang awam telah berkunjung secara percuma ke acara berkenaan dan menyertai beberapa aktiviti seperti:
- Hot Laps: Pengunjung dapat merasai kemampuan Baja pada Ranger Raptor yang dipandu oleh pemandu profesional dalam litar Baja yang mencabar.
- Pandu Uji: Pengunjung dapat memandu sendiri Ranger Raptor untuk merasai kuasa serta prestasinya di atas jalan raya dan secara off-road.
- Aktiviti: Acara yang penuh dengan keseronokan ini menampilkan trak makanan, persembahan live, dan hadiah untuk dimenangi.
Selain itu, jenama tayar terkenal untuk pencinta pengembaraan, BFGoodrich sebagai rakan utama acara Raptor Rev juga telah meningkatkan pengalaman dengan menyediakan sokongan teknikal dan mengadakan bengkel informatif yang berfokuskan tentang tayar.
Para hadirin turut berpeluang meneroka reruaiBFGoodrich, yang mempamerkan tayar KO3 baharu, di mana ia direka untuk ketahanan tiada tandingan dan prestasi off-road serba unggul.




