
HONDA HR-V 2022 AKAN DIPAMERKAN DI PENGEDAR TERPILIH BERMULA 18 JUN – 5 JULAI. SILA BUAT TEMU JANJI DAHULU
Baiklah, Honda Malaysia baru sahaja membuka tempahan untuk SUV kompak popularnya, HR-V generasi terkini.
Bagi yang ingin membuat tempahan, tetapi mahu melihatnya secara lebih dekat, anda boleh berbuat demikian di beberapa bilik pameran Honda terpilih di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Johor, Perak dan Pulau Pinang.
HR-V baharu itu akan dipamerkan bermula 18 Jun hingga 5 Julai depan di lokasi-lokasi berikut:

Namun, bagi mengelakkan mengelakkan kesesakan pengunjung dinasihatkan supaya membuat temujanji terlebih dahulu. Mereka juga tidak dibenarkan untuk membawa masuk apa jua peralatan rakaman seperti kamera dan peranti pintar ke dalam ruang melihat khas berkenaan.
SUV kompek itu akan ditawarkan dalam beberapa varian melibatkan enjin petrol dan hibrid (e:HEV).
Varian tertinggi iaitu RS bakal menggunakan rangkaian kuasa hibrid e:HEV yang dikuasakan oleh sistem i-MMD (intelligent Multi-Mode Drive). Ia berupaya menghasilkan kuasa 131PS dan tork 253Nm.
Pemandu boleh memilih daripada tiga mode pemanduan iaitu ECON, Normal dan Sport.
HR-V generasi baharu itu turut menerima banyak naik taraf termasuklah rekaan dalaman dan luaran, lampu isyarat membelok jenis sequential, skrin infohibur bersaiz 8 inci serta banyak lagi.



