Buletin

GOCAR GARAGE DIKEMBANGKAN KE SELURUH SEMENANJUNG. DISKAUN 50% UNTUK TEMPOH TERHAD

GoCar Malaysia, peneraju platform mobiliti sebagai perkhidmatan berdasarkan kepada permintaan baru-baru ini mengumumkan bahawa servis dan penyelenggaraan kereta digitalnya, GoCar Garage kini sudah berada di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Melaka.

Syarikat juga telah menambah lebih banyak lokasi Garage di Lembah Klang untuk memenuhi permintaan servis yang kian meningkat.

Pengembangan itu hadir menerusi satu siri kerjasama strategik dengan bengkel-bengkel sah dan bebas (dikenali sebagai Garage). Rakan-rakan Garage ini dipilih melalui satu proses penilaian yang ketat bagi memastikan standard kecemerlangan servis GoCar Garage dipenuhi.

Sebanyak 20 rakan telah menyertai platform GoCar Garage dengan banyak lagi bengkel akan turut serta dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Ideal untuk mereka yang sentiasa bergerak, GoCar Garage menawarkan satu platform mudah yang menyeluruh dengan struktur harga telus bagi pelbagai jenis servis kenderaan melibatkan semua jenama dan model kereta penumpang, sama ada jenama tempatan, Asia atau continental.

Pelanggan juga boleh memanfaatkan kadar yang mampu milik dengan harga bermula RM98 untuk pakej minyak mineral.

Hanya menerusi aplikasi mudah alih GoCar, pelanggan boleh memilih pakej servis kenderaan dan jadual yang mereka mahukan dengan mudah. Selain mengesahkan temu janji servis dan membuat pembayaran pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja. 

Lebih penting lagi, pelanggan dijamin dengan ketelusan sepenuhnya kerana mereka boleh menilai semula sebut harga ke atas semua kerja baik pulih sebelum juruteknik GoCar Garage memulakan kerja. Proses pra-kelulusan ini memastikan tiada sebarang caj tersembunyi atau kos-kos yang mengejutkan. 

Nikmati diskaun 50 peratus dengan pilihan untuk naik taraf

Sempena pengembangan ini, GoCar Garage akan menjalankan satu kempen promosi bermula 1 Jun hingga 31 Ogos 2022.

Untuk menikmati promosi ini, pelanggan hanya perlu membeli satu daripada tiga pakej servis GoCar Garage pada harga runcit pada temu janji servis pertama mereka.

Kemudian, mereka akan menikmati penjimatan sebanyak 50 peratus ke atas pakej minyak enjin yang sama pada servis kedua dan ketiga. Mereka yang ingin menaik taraf pakej minyak enjin atau membeli produk-produk dan perkhidmatan lain hanya perlu menambah perbezaan harganya.

Pelanggan mempunyai tempoh selama setahun dari tarikh kod promo dikeluarkan untuk menebus tawaran promosi bagi servis kedua dan ketiga mereka. 

Rakan-rakan Garage dinilai dan dipilih berdasarkan kepada beberapa kriteria termasuklah keupayaan teknikal dan khidmat pelanggan berstandard tinggi, lokasi, harga, kualiti kerja serta rangkaian perkhidmatan yang ditawarkan.

Di samping penukaran minyak secara berkala, GoCar Garage turut menawarkan pelbagai perkhidmatan pembaikan dan penukaran seperti tayar, brek, bateri, pendingin hawa, serta sistem mekanikal dan elektrikal. Pelanggan juga boleh mendapatkan perkhidmatan bukan pembaikan seperti talaan prestasi, tinted, perincian dan coating cat.

Bukan itu sahaja, pelanggan yang bekerja atau tinggal di Petaling Jaya boleh mendapatkan perkhidmatan penghantaran dari pintu ke pintu GoValet dengan yuran minimum, bergantung kepada jarak. Pelanggan di Lembah Klang dan Pulau Pinang juga boleh menggunakan perkhidmatan GoCar Sharing selama dua jam secara percuma ketika kereta mereka diservis.

Untuk mengetahui lokasi GoCar Garage berhampiran anda di Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang dan Melaka serta menempah temu janji servis download aplikasi mudah alih GoCar dan klik pada “Car Repair and Maintenance”.

Maklumat lanjut mengenai GoCar Garage dan GoCar Malaysia, sila layari laman web  https://hi.gocar.my atau ikuti saluran Facebook, Instagram, YouTube dan Twitter GoCar Malaysia.

GALERI

Google ads
Back to top button