Buletin

HONDA MALAYSIA BUKA PUSAT 3S BAHARU DI KENINGAU

Honda Malaysia hari ini membuka pusat 3S terbaharunya di Keningau, Sabah.

Dilengkapi kemudahan terkini, pusat 3S yang dioperasikan oleh pihak Vermillion Autohaus itu dijangka memberi kemudahan kepada pelanggan Honda di Keningau, Tenom, Tambunan dan Nabawan.    

Kemudahan terkini di Malaysia Timur itu melibatkan pelaburan sebanyak RM2.5 juta dengan keluasan bangunan mencecah 5,000 kaki persegi. Pusat 3S Vermillion Autohaus memiliki empat ruang servis yang mampu menyelenggara sehingga 30 buah kenderaan sehari.

Selari dengan standard Honda, pusat 3S itu turut dilengkapi sebuah lounge pelanggan, kaunter kafe, surau dan sudut kanak-kanak. Tidak ketinggalan perkhidmatan memperhabarui cukai jalan dan insurans, wifi percuma serta tempat membasuh kereta.

“Honda Malaysia bukan sahaja sentiasa mencari peluang untuk meningkatkan penguasaan pasaran di Sabah, malah mahu menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik kepada pelanggan di negeri ini,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.

Honda Malaysia merekodkan prestasi jualan memberangsangkan pada tahun 2017 dengan lebih 87,800 unit kenderaan berjaya dijual mulai Januari hingga Oktober 2017.

Penguasaan pasaran Honda Malaysia di Maaysia Timur juga dilihat semakin meningkat dengan jualan sebanyak 6,000 unit dan Sabah menyumbang lebih 2,000 unit. Rekod juga menunjukkan bahawa BR-V ialah model terlaris di sana.

Maklumat lanjut mengenai Vermillion Autohaus, anda boleh menghubungi talian: 087-3339 39 atau kunjungi mereka di ¼ Miles, Jalan Keningau-Tenom, Kampung Pampang, 89008 Keningau, Sabah atau layari laman web: www.honda.com.my

Google ads
Back to top button